Thursday, September 11, 2025

Warga Singapura Dipenjara 72 Tahun, 24 Sebatan Bunuh Isteri & Anak Tiri

August 18, 2025
1 min read
Shahrul Nizam Zuraimy diiringi anggota polis ketika tiba di mahkamah pada Isnin

MELAKA – Seorang lelaki warga Singapura dijatuhi hukuman penjara 72 tahun dan 24 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah membunuh isteri dan anak tirinya enam tahun lalu.

Hakim Datuk Anselm Charles Fernandis menjatuhkan hukuman itu terhadap Shahrul Nizam Zuraimy, 36, selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak serta mengambil kira impak trauma keluarga mangsa.

Perbuatan Kejam

“Apa yang dilakukan tertuduh adalah kejam dengan meletakkan kepala isterinya di atas siling rumah, selain mengerat dan membuang bahagian tubuh kedua-dua mangsa di kawasan berbeza.

Kepala mangsa dibungkus dan disembunyikan di atas bumbung bagi mengelakkan bau atau kesan darah, malah mahkamah juga mengambil kira tindakan tertuduh membuang sebahagian tubuh mangsa di kawasan semak,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Hakim turut menegaskan tiada alasan munasabah dikemukakan tertuduh dan perbuatan itu jelas bertujuan menyembunyikan identiti kedua-dua mangsa.

Hukuman Dan Pertuduhan

Mahkamah menjatuhkan 36 tahun penjara dan 12 sebatan bagi setiap pertuduhan, diperintah berjalan berasingan bermula tarikh tangkapan, 11 Oktober 2019.

Tertuduh didapati menyebabkan kematian Norfazera Bidin, 27, dan anak tirinya, Muhammad Iman Ashraf Abdullah, 11, di sebuah rumah di Batu Berendam antara 6 hingga 7 Oktober 2019.

Kes dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun serta sebatan tidak kurang 12 kali jika tidak dihukum mati.

Perbicaraan kes bermula pada 11 Jun 2020 dengan melibatkan 26 saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan. – The Malaysian Update

HANGAT MINGGU INI

Toyota Alphard Disita JPJ, Ibu Luah Kesedihan Anak Menangis Depan Mata

KUALA LUMPUR – Seorang pengguna TikTok meluahkan rasa kecewa selepas kenderaan Toyota

Protes Anti-Rasuah Nepal: Menteri Kewangan Dikejar & Ditendang Penunjuk Perasaan

KATHMANDU – Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh manakala ratusan lagi cedera dalam protes