Thursday, September 11, 2025

Anak Doktor Didakwa Edar 35.58kg Ganja, Seorang Turut Didakwa Miliki Pistol

August 19, 2025
1 min read

KOTA BHARU – Dua beradik, anak kepada seorang doktor di Ketereh, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan berasingan mengedar dadah jenis ganja seberat 35.58 kilogram, 5 Ogos lalu.

Tertuduh, Ahmad Ammar Rusydi Mohd Hanafi, 23, dan abangnya, Mohammed Hibatul-Alimi, 34, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan dua majistret berbeza.

Didakwa edar ganja

Mengikut kertas pertuduhan, Ahmad Ammar didakwa mengedar 14.78kg ganja, manakala abangnya 20.8kg, di sebuah rumah di Kampung But, Ketereh sekitar jam 4.30 pagi.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Menurut laporan Sinar Harian, Mahkamah menetapkan 16 dan 27 Oktober ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia.

Turut hadapi tuduhan senjata api

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen, Ahmad Ammar turut didakwa memiliki sepucuk pistol Glock bersama 16 peluru hidup di lokasi sama.

Tertuduh mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan di hadapan Hakim Zulkifli Abdullah.

Bagi kes ini, dia didakwa bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan minimum enam sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 22 September depan untuk sebutan semula. Kedua-dua tertuduh tidak ditawarkan jaminan. – The Malaysian Update

HANGAT MINGGU INI

Toyota Alphard Disita JPJ, Ibu Luah Kesedihan Anak Menangis Depan Mata

KUALA LUMPUR – Seorang pengguna TikTok meluahkan rasa kecewa selepas kenderaan Toyota

Protes Anti-Rasuah Nepal: Menteri Kewangan Dikejar & Ditendang Penunjuk Perasaan

KATHMANDU – Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh manakala ratusan lagi cedera dalam protes