Thursday, September 11, 2025

Guru Bahasa Inggeris Didakwa Sebar Kenyataan Palsu Kes Zara Qairina

August 21, 2025
1 min read

SEPANG – Seorang guru bahasa Inggeris dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membuat kenyataan yang boleh menimbulkan kegentaran awam menerusi akaun TikTok berhubung kes Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

Mengaku tidak bersalah

Tertuduh, Siti Hajar Aflah Sharuddin, 39, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Khairatul Animah Jelani.

Pertuduhan mengikut Seksyen 505(b)

Menurut kertas pertuduhan, wanita itu didakwa memuat naik kenyataan pada jam 1.20 petang, 6 Ogos lalu, yang berkemungkinan menimbulkan kegentaran awam dan mendorong orang lain melakukan kesalahan terhadap ketenteraman awam.

Kenyataan berkenaan dilihat serta didengar seorang anggota polis di KLIA Terminal 2 sebelum laporan dibuat.

Jaminan RM4,000

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 Oktober depan bagi sebutan semula kes.

Video dakwaan palsu

Sebelum ini, media melaporkan wanita terbabit memuat naik video mendakwa Zara Qairina dimasukkan ke dalam mesin basuh, namun mengakui ia hanyalah sekadar ‘content’.

Menteri kesal tindakan

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, menyifatkan tindakan itu sebagai tidak bertanggungjawab kerana mengelirukan masyarakat sedangkan fakta yang dikemukakan adalah palsu. – The Malaysian Update

HANGAT MINGGU INI

Toyota Alphard Disita JPJ, Ibu Luah Kesedihan Anak Menangis Depan Mata

KUALA LUMPUR – Seorang pengguna TikTok meluahkan rasa kecewa selepas kenderaan Toyota

Protes Anti-Rasuah Nepal: Menteri Kewangan Dikejar & Ditendang Penunjuk Perasaan

KATHMANDU – Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh manakala ratusan lagi cedera dalam protes