HULU TERENGGANU – Seorang jururawat maut selepas motosikal Yamaha RXZ ditungganginya terbabas di Kilometer 394, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) arah Kuala Terengganu, pada Jumaat.
Mangsa, Roslinawati Ramli, 33, dari Felda Tementi, Pahang dilaporkan dalam perjalanan dari Simpang Renggam, Johor bersama 12 penunggang lain untuk menyertai program Himpunan RXZ Members 7.0 lapor Sinar Harian.
hilang kawalan
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintenden Sharudin Abdul Wahab berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 12 tengah hari ketika mangsa hilang kawalan sebelum terjatuh di atas jalan raya.
“Mangsa bergerak dari rumah sekitar jam 1 pagi menuju ke Kuala Terengganu dan apabila tiba di lokasi, dipercayai hilang kawalan. Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala,” katanya pada Jumaat.
motosikal rosak
Beliau berkata, motosikal mangsa mengalami kerosakan di bahagian hadapan selain beberapa kerosakan lain.
siasatan polis
Mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk bedah siasat.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – The Malaysian Update