KUANTAN – Juruterbang dan pembantu juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terlibat dalam kemalangan pesawat pejuang F/A-18D Hornet di Pangkalan Udara Kuantan, malam tadi dilaporkan selamat.
Kedua-dua mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.
Polis sahkan insiden
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman mengesahkan perkara itu dan berkata siasatan akan dijalankan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) sebelum kenyataan rasmi dikeluarkan.
Kenyataan rasmi TUDM
TUDM dalam satu kenyataan memaklumkan insiden berlaku kira-kira jam 9.05 malam di landasan Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan.
“Tindakan segera sedang diambil dan perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih,” jelas kenyataan itu.
