SEGAMAT – Tiga laporan polis diterima susulan gegaran gempa bumi lemah yang melanda daerah ini awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Ahmad Zamry Marinsah berkata, laporan berkenaan membabitkan kerosakan siling surau, retakan struktur rumah serta sebuah bangunan.
“Setakat ini tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan. Polis akan terus melakukan pemantauan bagi memastikan keselamatan orang awam,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau turut menasihatkan orang ramai agar segera melaporkan sebarang insiden kecemasan ke balai polis berhampiran atau menghubungi hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat di talian 07-9324222. – The Malaysian Update