KUALA LUMPUR – Penyanyi berbakat besar, Hafiz Suip, kembali mencuri tumpuan apabila tampil dengan penampilan berisi berbanding sebelum ini.
Menerusi perkongsian penata gaya, Afiq Mahdili di akaun TikTok miliknya, beliau memuat naik video ketika sedang menyolek Hafiz yang difahamkan bakal membuat persembahan di sebuah konsert di Sarawak.
Peminat Lega
Penampilan terkini penyanyi berusia 35 tahun itu nyata menjadi bualan peminat yang rata-ratanya gembira melihat perubahan tersebut sambil menitipkan doa agar kesihatannya terus baik.
Terdahulu, Hafiz menjelaskan tubuhnya yang dilihat kurus sebelum ini berpunca daripada penyakit slip disc yang dialaminya. Situasi itu sebelum ini turut menimbulkan persoalan dalam kalangan media dan peminat mengenai tahap kesihatan pelantun lagu Ku Akui tersebut. – The Malaysian Update
