Thursday, September 11, 2025

Pemandu Jengkaut Maut Tertimbus Tanah Runtuh

August 25, 2025
1 min read

IPOH – Kerja pengorekan tanah di lereng bukit bertukar tragedi apabila seorang pemandu jengkaut berusia 60 tahun maut selepas jentera dipandunya tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Keramat Pulai, hari ini.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi JBPM Perak, Shazlean Mohd. Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 1.52 petang.

“Sebaik tiba, anggota mendapati mangsa tersepit di ruangan pemandu selepas jentera ditimbus tanah. Usaha mengeluarkan mangsa terhalang kerana keadaan jentera yang separa tenggelam,” katanya.

Guna jengkaut lain

Menurut beliau, sebuah jengkaut lain digunakan bagi mengalihkan timbunan tanah sebelum mangsa berjaya dikeluarkan.

“Rawatan awal diberikan, namun pegawai perubatan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia di lokasi kejadian,” ujarnya.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – The Malaysian Update

HANGAT MINGGU INI

Toyota Alphard Disita JPJ, Ibu Luah Kesedihan Anak Menangis Depan Mata

KUALA LUMPUR – Seorang pengguna TikTok meluahkan rasa kecewa selepas kenderaan Toyota

Protes Anti-Rasuah Nepal: Menteri Kewangan Dikejar & Ditendang Penunjuk Perasaan

KATHMANDU – Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh manakala ratusan lagi cedera dalam protes