Sunday, October 26, 2025

Zul Ariffin Kembali Dengan Fizikal ‘Lean’ Dan Padu, Turun 20kg Dalam Dua Bulan

by
August 25, 2025
1 min read

KUALA LUMPUR – Bintang kacak berbadan sasa, Zul Ariffin sekali lagi mencuri perhatian peminat selepas tampil dengan penampilan terbaharunya yang lebih ‘lean’ dan padu.

Perubahan drastik itu hasil komitmen luar biasa Zul menerusi latihan intensif dalam dunia tinju selama dua bulan, selain mengamalkan diet rendah karbohidrat dan gula.

Turun 20kg Dalam Dua Bulan

Menerusi satu hantaran di Instagram, figura berusia 38 tahun itu berkongsi kejayaannya menurunkan berat badan sebanyak 20 kilogram (kg), daripada 101kg kepada 81kg.

“Genap dua bulan penuh pengorbanan. Dua kali pengsan, sekali hidung berdarah, migrain, pening kepala. Semua pun low! Tapi tetap juga latihan dua hingga tiga jam setiap hari,” kongsinya.

Transformasi Paling Berjaya

Tambah pemilik nama penuh Zulkifli Ariffin itu, proses tersebut merupakan transformasi paling berjaya sejak sembilan tahun lalu.

“Kali terakhir saya cuba, sembilan tahun lepas. Itu pun cuma turun 12kg. Kali ini saya sendiri tak yakin, tapi kadang-kadang kita kena kuatkan hati dan redah,” ujarnya.

Filem Terbaharu

Difahamkan, pemenang Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-31 itu kini terlibat dengan pembikinan filem terbaharu berjudul The Furious. – The Malaysian Update

HANGAT MINGGU INI

Doa Jiran ‘Menembusi Langit’, Kisah Safitri Diceraikan Dua Hari Sebelum Suami Dilantik PPPK Raih Simpati Ramai

ACEH – Kisah pilu seorang wanita dari Aceh, Indonesia kembali mengundang sebak

Pegawai Pemerintah Dipecat Gara-Gara Ceraikan Isteri, Shella Saukia Tampil Hulur Bantuan

ACEH – Nama Shella Saukia kembali jadi sebutan di media sosial selepas