Thursday, September 11, 2025

Adam AF2 Kembali Dengan Imej Awal Kemunculan, Peminat Teruja Lihat Penampilan Awet Mudanya

by
August 26, 2025
1 min read

KUALA LUMPUR – Penyanyi Akademi Fantasia musim kedua (AF2), Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman kembali mencuri perhatian selepas tampil dengan imej yang mengingatkan peminat kepada zaman awal kemunculannya dalam industri seni.

Menerusi perkongsian di TikTok, penyanyi berusia 41 tahun itu dirakam sedang bersiap untuk keluar bersama keluarga dalam sebuah video berdurasi hampir tiga minit.

Imbau Nostalgia AF2

Video berkenaan pantas meraih perhatian netizen yang terimbau nostalgia era kegemilangan Adam sebagai salah seorang peserta AF2 pada 2004.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat kagum dengan penampilan terbaharu Adam yang dikatakan seakan sama seperti ketika mula dikenali dahulu. Malah, ramai yang memuji wajahnya yang kekal awet muda walaupun sudah mencecah usia empat dekad.

Sejarah Awal Karier Seni

Untuk rekod, Adam mula dikenali menerusi Akademi Fantasia musim kedua pada tahun 2004 dan menjadi antara peserta paling popular ketika itu. Beliau kemudiannya muncul dengan album sulung berjudul Adam (2005) yang melonjakkan namanya menerusi lagu hits Haruskah. – The Malaysian Update

HANGAT MINGGU INI

Toyota Alphard Disita JPJ, Ibu Luah Kesedihan Anak Menangis Depan Mata

KUALA LUMPUR – Seorang pengguna TikTok meluahkan rasa kecewa selepas kenderaan Toyota

Protes Anti-Rasuah Nepal: Menteri Kewangan Dikejar & Ditendang Penunjuk Perasaan

KATHMANDU – Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh manakala ratusan lagi cedera dalam protes