Thursday, September 11, 2025

Pegawai Kanan DBKL Antara 3 Individu Ditahan SPRM Terbabit Rasuah Sejak 2014

August 26, 2025
1 min read

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga individu termasuk seorang pegawai kanan sebuah agensi pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan rasuah sejak 2014.

Pegawai terbabit difahamkan berjawatan gred Jusa B dan antara pengurusan tertinggi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) lapor BH Online.

Disiasat bawah Akta SPRM 2009

Pengarah Kanan Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Saiful Ezral Arifin, mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

Sumber memaklumkan, selain pegawai kanan berusia lingkungan 50-an itu, turut ditahan seorang lelaki pemilik syarikat serta seorang wanita awam berusia 40-an ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya dan Pejabat SPRM Kuala Lumpur, antara jam 1 hingga 2 petang.

Pegawai PBT terbabit pula ditahan sekitar jam 4 petang di pejabatnya.

Rasuah projek IT

Ketiga-tiga suspek dipercayai terbabit dalam pemberian serta penerimaan rasuah sejak 11 tahun lalu, membabitkan perolehan sebuah projek teknologi maklumat (IT).

Difahamkan, pemilik syarikat terbabit memberi rasuah kepada pegawai PBT berkenaan sebagai balasan membantu mendapatkan projek di agensi itu.

Sitaan jutaan ringgit & barangan mewah
Hasil tangkapan, SPRM menyita wang tunai kira-kira RM150,000, empat peranti telekomunikasi, dua kenderaan mewah jenis Lexus RX500h dan Mini Cooper, selain beg tangan serta kasut berjenama Hermès dan Louis Vuitton.

Turut dibekukan 19 akaun perbankan milik individu dan syarikat dengan jumlah keseluruhan lebih RM7 juta. – The Malaysian Update

HANGAT MINGGU INI

Toyota Alphard Disita JPJ, Ibu Luah Kesedihan Anak Menangis Depan Mata

KUALA LUMPUR – Seorang pengguna TikTok meluahkan rasa kecewa selepas kenderaan Toyota

Protes Anti-Rasuah Nepal: Menteri Kewangan Dikejar & Ditendang Penunjuk Perasaan

KATHMANDU – Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh manakala ratusan lagi cedera dalam protes