Thursday, September 11, 2025

Lelaki Pakistan Didakwa Curi Petrol di Iskandar Puteri, Mengaku Tidak Bersalah

August 27, 2025
1 min read

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki warga Pakistan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini atas pertuduhan mencuri minyak petrol milik seorang lelaki, awal bulan ini.

Mengaku Tidak Bersalah

Tertuduh, Dilawar Khan, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Atifah Hazimah Wahab.

Dakwaan Curi 2.5 Liter Petrol

Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan niat curang mencuri 2.5 liter minyak petrol daripada motosikal milik seorang lelaki berusia 29 tahun di kawasan tempat letak kenderaan Forest City, Iskandar Puteri pada 11 Ogos lalu.

Jaminan & Sebutan Semula Kes

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dan menetapkan 9 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nik Noratini Nik Azman manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – The Malaysian Update

HANGAT MINGGU INI

Toyota Alphard Disita JPJ, Ibu Luah Kesedihan Anak Menangis Depan Mata

KUALA LUMPUR – Seorang pengguna TikTok meluahkan rasa kecewa selepas kenderaan Toyota

Protes Anti-Rasuah Nepal: Menteri Kewangan Dikejar & Ditendang Penunjuk Perasaan

KATHMANDU – Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh manakala ratusan lagi cedera dalam protes