Thursday, September 11, 2025

Tokti Bagi “Live Concert” Dalam Pesawat

August 27, 2025
1 min read

KUALA LUMPUR – Penumpang sebuah penerbangan menuju ke Jogjakarta, Indonesia dikejutkan dengan kejutan istimewa apabila Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil membuat persembahan secara spontan di dalam kabin.

Menerusi perkongsian di TikTok oleh @Das Abdul dan @Hasbul Brothers, Siti dilihat menggunakan pembesar suara pesawat untuk mendendangkan lagu terbarunya Menamakanmu Cinta selain lagu popular Bukan Cinta Biasa.

Lebih menceriakan suasana, Siti turut memberi peluang kepada seorang peminat lelaki menyanyi bersamanya — membuatkan penerbangan bertukar ibarat mini konsert.

Reaksi Netizen

Ruangan komen dibanjiri pelbagai reaksi teruja. Ada yang berseloroh mengatakan rasa macam beli tiket flight sekali pakej konsert, malah ada juga yang menyifatkan tempat duduk ekonomi terus terasa macam kelas pertama.

Tidak kurang juga yang kagum dengan suara Siti, kerana meskipun hanya melalui interkom pesawat, nyanyiannya tetap merdu dan menusuk jiwa.

Siti Tetap Merendah Diri

Menariknya, penyanyi berusia 46 tahun itu memilih untuk duduk di kelas ekonomi walaupun berstatus bintang ternama. Sikap rendah diri Siti sekali lagi mencuri perhatian ramai yang kagum dengan kelunakan suaranya meskipun hanya menggunakan sistem interkom pesawat. – The Malaysian Update

HANGAT MINGGU INI

Toyota Alphard Disita JPJ, Ibu Luah Kesedihan Anak Menangis Depan Mata

KUALA LUMPUR – Seorang pengguna TikTok meluahkan rasa kecewa selepas kenderaan Toyota

Protes Anti-Rasuah Nepal: Menteri Kewangan Dikejar & Ditendang Penunjuk Perasaan

KATHMANDU – Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh manakala ratusan lagi cedera dalam protes