Wednesday, September 10, 2025

Bot Terbalik Dipukul Ombak, Suami Isteri Ditemukan Lemas di Perairan Merchang

by
September 1, 2025
1 min read

MARANG – Sepasang suami isteri ditemukan lemas selepas bot fiber dinaiki mereka terbalik dipercayai dipukul ombak besar dan angin kencang di perairan Kuala Merchang di sini, petang Ahad.

Ketua Polis Daerah Marang, Superintenden Mohd Sofian Redzuan berkata, dalam kejadian jam 3.30 petang itu, bekas tentera Abdul Rahim Mustaffa, 47, dan Norhasriah Che Osman, 46, suri rumah dari Pulau Kerengga di sini, keluar menangkap ikan menggunakan bot bersaiz enam meter.

“Siasatan awal mendapati mangsa keluar ke laut pada jam 7.45 pagi. Mayat mereka ditemukan nelayan tempatan pada jarak antara tiga hingga empat kilometer dari Pantai Merchang.

“Norhasriah ditemukan pada jam 4.30 petang manakala suaminya pada 4.45 petang,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Mohd Sofian berkata, mayat pasangan itu dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Beliau menasihatkan supaya nelayan serta orang awam sentiasa merujuk ramalan cuaca sebelum ke laut bagi mengelakkan kejadian tidak diingini kerana cuaca di perairan Kuala Merchang sejak 28 Ogos tidak menentu dengan laut bergelora dan angin kencang.

Sumber : BERNAMA

HANGAT MINGGU INI

Toyota Alphard Disita JPJ, Ibu Luah Kesedihan Anak Menangis Depan Mata

KUALA LUMPUR – Seorang pengguna TikTok meluahkan rasa kecewa selepas kenderaan Toyota

Protes Anti-Rasuah Nepal: Menteri Kewangan Dikejar & Ditendang Penunjuk Perasaan

KATHMANDU – Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh manakala ratusan lagi cedera dalam protes