Thursday, September 11, 2025

Solidariti Rentas Sempadan: Rakyat Malaysia Bantu Indonesia Ketika Demonstrasi Jakarta

by
September 1, 2025
1 min read

JAKARTA – Demonstrasi besar-besaran di Jakarta bukan sahaja menarik perhatian dalam negara, malah turut menerima sokongan moral daripada rakyat Malaysia yang tampil membantu dengan cara tersendiri.

Menerusi perkongsian di TikTok dan Threads, seorang pengguna Indonesia, @larasatipusparasa, mendedahkan ramai rakyat Malaysia membuat pesanan makanan melalui aplikasi Grab dan ojek dalam talian (ojol) untuk dihantar kepada mereka yang terkesan akibat protes.

“Satu Indonesia harus tahu bahawa negara tetangga kita iaitu Malaysia sedang berbondong-bondong menolong rakyat Indonesia. Mereka membuat pesanan makanan melalui grab atau ojek di Jakarta. Terima kasih Malaysia,” katanya.

Inisiatif tersebut dianggap sebagai bentuk solidariti kecil yang mampu meringankan beban penghantar makanan berikutan penutupan jalan dan kesesakan luar biasa di ibu kota.

Seorang lagi pengguna media sosial Malaysia, Sakinah Yasin, turut berkongsi pengalamannya selepas menyertai usaha tersebut.

“Alhamdulillah, sikit bagi kita bermakna pada orang lain. Rp102,000, lebih kurang RM26++ sahaja, sudah boleh dapat enam pinggan nasi goreng,” katanya.

Suara Rakyat dan Fenomena Baharu

Demonstrasi di Jakarta bermula sejak minggu lalu selepas rakyat membantah dasar kerajaan termasuk isu kenaikan kos sara hidup dan penarikan subsidi tertentu.

Walaupun situasi di jalanan tegang, fenomena sokongan rentas sempadan ini memperlihatkan bagaimana teknologi e-hailing kini menjadi medium baharu untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan.

Reaksi Netizen Malaysia

Di media sosial, ramai warganet Malaysia menzahirkan doa dan kata-kata semangat buat rakyat Indonesia. Ada yang menitipkan ucapan “Semoga Indonesia cepat pulih”, manakala sebahagian lagi menegaskan bahawa walaupun hubungan kedua-dua negara kadang kala tegang kerana isu budaya atau sukan, rakyat Malaysia tetap tidak akan meninggalkan jiran serumpun itu ketika dilanda kesusahan.

Malah, ada juga yang berseloroh mengatakan mereka sudah rindu untuk kembali “berdebat” tentang perkara kecil seperti asal-usul sate, rendang, batik atau bola sepak, tetapi pada masa sama menzahirkan ucapan terima kasih kerana menghargai keprihatinan rakyat Malaysia.

Fenomena ini jelas menunjukkan bahawa di sebalik persaingan lama, semangat kejiranan antara Malaysia dan Indonesia tetap utuh ketika menghadapi waktu sukar. – The Malaysian Update

HANGAT MINGGU INI

Toyota Alphard Disita JPJ, Ibu Luah Kesedihan Anak Menangis Depan Mata

KUALA LUMPUR – Seorang pengguna TikTok meluahkan rasa kecewa selepas kenderaan Toyota

Protes Anti-Rasuah Nepal: Menteri Kewangan Dikejar & Ditendang Penunjuk Perasaan

KATHMANDU – Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh manakala ratusan lagi cedera dalam protes