Thursday, September 11, 2025

Turun 27kg Demi Filem, The Rock Disangka Gambar AI di Venice Film Festival

by
September 2, 2025
1 min read

VENICE – Aktor terkenal, Dwayne “The Rock” Johnson mencuri tumpuan apabila tampil dengan fizikal berbeza di Venice Film Festival 2025.

Jika sebelum ini The Rock cukup sinonim dengan tubuh kekar dan sado, kali ini bintang berusia 53 tahun itu mengejutkan ramai apabila hadir dengan bentuk badan lebih atletik dan ‘slim’.

Difahamkan, Johnson berjaya menurunkan berat badannya daripada 136 kilogram kepada 108 kilogram – sekali gus kehilangan 27 kilogram hasil disiplin serta gaya hidup sihat.

“Ini adalah transformasi yang ingin saya lakukan sejak lama,” katanya kepada The Hollywood Reporter.

Demi Watak Mark Kerr

Transformasi itu dilakukan demi tuntutan watak dalam filem terbarunya The Smashing Machine, di mana The Rock membawakan peranan legenda MMA, Mark Kerr.

Pelakon Fast & Furious itu menyifatkan peluang ini sebagai langkah besar untuk keluar daripada zon selesa.

“Selepas sekian lama, saya tertanya-tanya apa lagi yang boleh saya lakukan? Bagaimana dengan penampilan dan arah saya? Saya mahu lakukan sesuatu yang lebih jauh dan akhirnya saya dapatkannya,” jelasnya.

Reaksi Peminat

Penampilan terkininya turut mencetuskan perdebatan di media sosial. Ada yang memuji kesungguhannya, namun tidak kurang juga yang terkejut melihat fizikal baharunya.

“Dia dah tak macam The Rock yang dulu,” tulis seorang netizen.
“Kalau betul dia serius nak fokus berlakon, kita kena biasakan dengan imej baru ni,” komen yang lain.
Malah ada juga yang bergurau dengan berkata, “Nampak macam gambar AI je,” apabila foto terbarunya tular di media sosial.

Filem Ditunggu Oktober Ini

Filem terbitan A24 itu dijangka ditayangkan pada awal Oktober dan sudah mula menjadi bualan ramai sebelum tayangan perdana dunia di Venice.

The Rock dilihat hadir di festival berkenaan bersama pelakon gandingan, Emily Blunt, sekali gus mengukuhkan lagi keterujaan peminat menantikan naskhah biografi sukan yang penuh emosi tersebut.

Menariknya, ketika tayangan perdana berlangsung, seorang peminat sempat menjerit slogan ikoniknya, “If ya smell what The Rock is cooking,” yang membuatkan Johnson dan Emily Blunt tidak dapat menahan ketawa.

Transformasi The Rock kali ini jelas menunjukkan sisi berbeza seorang bintang Hollywood yang berani mengambil cabaran demi seni. Dari arena gusti ke layar perak, Johnson sekali lagi membuktikan dirinya bukan sekadar ikon aksi, tetapi juga pelakon yang sanggup berkorban demi watak. – The Malaysian Update

HANGAT MINGGU INI

Toyota Alphard Disita JPJ, Ibu Luah Kesedihan Anak Menangis Depan Mata

KUALA LUMPUR – Seorang pengguna TikTok meluahkan rasa kecewa selepas kenderaan Toyota

Protes Anti-Rasuah Nepal: Menteri Kewangan Dikejar & Ditendang Penunjuk Perasaan

KATHMANDU – Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh manakala ratusan lagi cedera dalam protes