Sunday, October 26, 2025

Kes Intai Pempengaruh: Buruh Dipenjara 6 Bulan, Hadapi Dua Lagi Pertuduhan

by
September 3, 2025
1 min read

KUALA TERENGGANU – Seorang buruh lelaki yang sebelum ini tular kerana didakwa mengintai seorang usahawan wanita yang juga pempengaruh popular di sebuah inap desa, dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas kesalahan lampau melibatkan dadah jenis amphetamine sembilan tahun lalu.

Hukuman Kes Dadah 2016

Majistret Iffah Nabihah Mohd. Ishak menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh, Ahmad Farhan Rizal Abdullah, 29, selepas dia mengaku bersalah memasukkan dadah ke dalam badan ketika ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu pada 11 April 2016.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Pertuduhan Baharu Intai & Menceroboh

Dalam prosiding berasingan, Ahmad Farhan Rizal bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas dua lagi pertuduhan baharu, iaitu mengintai seorang wanita berusia 36 tahun serta menceroboh inap desa di Banggol Peradong, Manir pada 26 Ogos lalu.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan mangsa, manakala pertuduhan kedua dibuat di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh kediaman. Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun untuk kesalahan pertama dan sehingga tiga tahun atau denda maksimum RM3,000 untuk kesalahan kedua.

Dakwaan Mangsa Pempengaruh

Seorang pempengaruh dari Ampang, Selangor sebelum ini mendakwa diintip dan dirakam ketika berada di bilik air inap desa yang disewanya di Manir, lapor Kosmo! pada 29 Ogos lalu. – The Malaysian Update

HANGAT MINGGU INI

Doa Jiran ‘Menembusi Langit’, Kisah Safitri Diceraikan Dua Hari Sebelum Suami Dilantik PPPK Raih Simpati Ramai

ACEH – Kisah pilu seorang wanita dari Aceh, Indonesia kembali mengundang sebak

Pegawai Pemerintah Dipecat Gara-Gara Ceraikan Isteri, Shella Saukia Tampil Hulur Bantuan

ACEH – Nama Shella Saukia kembali jadi sebutan di media sosial selepas