Thursday, September 11, 2025

Pakar: Mesin Basuh Rumah Tidak Mampu Tampung Beban 53kg

September 4, 2025
1 min read

KOTA KINABALU – Pakar patologi Hospital Queen Elizabeth, Dr. Jessie Hiu menjelaskan bahawa mesin basuh kegunaan rumah tidak direka untuk berfungsi dengan beban seberat 53 kilogram (kg).

Jenis Mesin Basuh Biasa

Menurutnya, ketika lawatan ke lokasi kejadian beliau ada melihat mesin basuh yang digunakan, namun ia hanyalah jenis biasa yang digunakan di rumah dan bukannya mesin basuh industri.

“Saya tidak memeriksa saiz drum mesin basuh itu, tetapi saya dimaklumkan berat si mati (Zara Qairina) lebih kurang 53kg. Saya tidak pasti sama ada seseorang dengan berat sebegitu boleh dimasukkan ke dalam mesin berkenaan, tetapi saya yakin ia tidak mampu berfungsi dengan beban berat begitu,” katanya pada prosiding hari kedua inkues bagi mencari punca kematian pelajar tingkatan satu itu.

Demonstrasi di Mahkamah

Dalam prosiding sama, Dr. Hiu turut membuat demonstrasi di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan mengenai bagaimana remaja berkenaan boleh terjatuh.

Spekulasi Tular

Sejak kisah kematian Zara Qairina tular, pelbagai spekulasi berlegar termasuk dakwaan kononnya mangsa menemui ajal selepas dimasukkan ke dalam mesin basuh. – The Malaysian Update

HANGAT MINGGU INI

Toyota Alphard Disita JPJ, Ibu Luah Kesedihan Anak Menangis Depan Mata

KUALA LUMPUR – Seorang pengguna TikTok meluahkan rasa kecewa selepas kenderaan Toyota

Protes Anti-Rasuah Nepal: Menteri Kewangan Dikejar & Ditendang Penunjuk Perasaan

KATHMANDU – Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh manakala ratusan lagi cedera dalam protes