Thursday, September 11, 2025

Ayah Setia Menanti Anak Hilang, SAR Di Sungai Baru Labu Masih Buntu

by
September 6, 2025
1 min read

BOTA KIRI – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dikhuatiri lemas di Sungai Baru Labu sejak Rabu lalu masih belum menemui petunjuk baharu.

Mangsa, Muhammad Nurman Mohd Noh, 27, dilaporkan hilang selepas memberitahu bapanya mahu mandi sungai sejurus selesai memasukkan lembu ternakan ke dalam kandang.

Kali Terakhir Dilihat Bersama Rakan

Menurut saksi, mangsa kali terakhir dilihat kira-kira jam 4.35 petang tanpa berbaju, menunggang motosikal bersama rakannya sebelum memasuki kawasan kebun sawit. Namun, sehingga kini beliau gagal dikesan.

SAR Digerakkan Dengan Pelbagai Aset

SAR yang digerakkan melibatkan sembilan anggota bomba, empat anggota polis serta tujuh wakil Persatuan Nelayan dengan kekuatan beberapa aset termasuk dua bot bomba, sebuah bot polis dan sebuah bot nelayan.

Pencarian diteruskan dari Jeti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Teluk Sena sehingga ke Kampung Baru Lambor Kiri, merangkumi jarak kira-kira tiga kilometer. Usaha yang bermula sejak Rabu terpaksa dihentikan pada malam Jumaat akibat kegelapan, namun disambung semula pada Sabtu dengan tumpuan turut diberikan di kawasan daratan.

Sebak Lihat Ayah Termenung Harap Anak Pulang

Lebih meruntun hati, bapa mangsa dilihat masih setia menanti di tebing sungai dengan penuh harapan agar anaknya segera ditemui. Rakaman berdurasi 19 saat yang dikongsikan pengguna media sosial @mangxsteen memperlihatkan lelaki itu termenung sendirian, jelas kelihatan resah menahan sebak.

Netizen Titip Doa dan Semangat

Insiden ini turut mengundang simpati netizen yang membanjiri ruangan komen dengan doa serta kata-kata semangat. Ramai menitipkan harapan agar pencarian dipermudahkan dan keluarga mangsa diberikan kekuatan menghadapi dugaan.

“Seorang ayah sentiasa menahan air mata… kerana setitis air mata yang gugur akan bersama harapannya,” luah seorang pengguna media sosial.

Masyarakat setempat serta orang ramai terus mendoakan agar operasi mencari dan menyelamat ini dipermudahkan, sekali gus memberi jawapan buat keluarga yang menanti penuh harapan. – The Malaysian Update

HANGAT MINGGU INI

Toyota Alphard Disita JPJ, Ibu Luah Kesedihan Anak Menangis Depan Mata

KUALA LUMPUR – Seorang pengguna TikTok meluahkan rasa kecewa selepas kenderaan Toyota

Protes Anti-Rasuah Nepal: Menteri Kewangan Dikejar & Ditendang Penunjuk Perasaan

KATHMANDU – Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh manakala ratusan lagi cedera dalam protes