Thursday, September 11, 2025

Kubur Zara Qairina Dipasang Pagar, Netizen Terus Titip Doa dan Harapan Keadilan

by
September 8, 2025
1 min read

SIPITANG – Tular di media sosial menerusi hantaran TikTok @evalynn_91 apabila pusara Allahyarhamah Zara Qairina di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Sipitang dipasang pagar serta dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV). Difahamkan, langkah itu bagi menjaga kawasan perkuburan daripada sebarang perkara yang tidak diingini, selain tanda kasih keluarga yang mahu memastikan pusara arwah sentiasa terjaga.

Pagar Stainless Steel Elak Amalan Khurafat

Menurut satu perkongsian lain, pagar stainless steel itu juga dipasang bagi memperindah pusara serta mencegah sebarang amalan khurafat di kawasan perkuburan.

Netizen Titip Doa

Rata-rata netizen terus menitip doa serta menyuarakan harapan agar arwah mendapat pembelaan sewajarnya.

Ada yang meluahkan persoalan sama ada keadilan akan berpihak kepada arwah kerana masih menjadi tanda tanya mengapa rakan-rakan sekolah Allahyarhamah tidak berani tampil memberi maklumat sebenar.

Sebak Kenang Arwah Sebagai Puteri Syurga

Seorang lagi pengguna media sosial menulis dengan penuh sebak bahawa mungkin pusara yang berhampiran arwah akan ‘gembira’ kerana kini ditemani puteri syurga, sambil menitipkan doa Al-Fatihah buat Allahyarhamah Zara.

Amalan Arwah Jadi Tanda Tanya

Tidak kurang juga yang terkesan dengan kisah hidup arwah apabila mereka mempersoalkan apakah amalan dan kebaikan yang dilakukan oleh Zara semasa hayatnya hingga mendapat simpati bukan sahaja rakyat tempatan, malah masyarakat luar negara yang turut mendoakan keadilan buatnya.

Rasa Kehilangan Seorang Ibu

Bagi seorang pengguna lain, rasa kehilangan begitu mendalam kerana beliau juga seorang ibu. Katanya, seolah-olah ucapan terakhir Zara turut ditujukan kepadanya sehingga membuatkan dirinya berasa sebak.

Doa & Pesan Buat Keluarga

Doa dan kata-kata semangat turut dikongsikan apabila ada yang mengharapkan agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Mereka turut menitip pesan kepada ibu bapa arwah agar tabah menghadapi dugaan besar itu kerana Allah sentiasa melindungi orang yang teraniaya.

‘Menang di Mata Allah Ta’ala’

Ada juga yang menyifatkan Zara sebagai seorang yang sudah ‘menang di mata Allah Ta’ala’. Biarpun dunia penuh ujian, di alam sana pastinya lebih indah buat arwah yang kini beristirahat dengan tenang.

Harapan Keadilan Buat Zara

Meskipun sudah tiada, nama Allahyarhamah Zara Qairina terus menjadi sebutan rakyat Malaysia yang berharap agar kebenaran dapat ditegakkan dan keadilan berpihak kepada arwah.

Semoga roh Allahyarhamah ditempatkan bersama orang beriman dan seluruh keluarga diberi kekuatan menghadapi ujian ini. Al-Fatihah. – The Malaysian Update

HANGAT MINGGU INI

Toyota Alphard Disita JPJ, Ibu Luah Kesedihan Anak Menangis Depan Mata

KUALA LUMPUR – Seorang pengguna TikTok meluahkan rasa kecewa selepas kenderaan Toyota

Protes Anti-Rasuah Nepal: Menteri Kewangan Dikejar & Ditendang Penunjuk Perasaan

KATHMANDU – Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh manakala ratusan lagi cedera dalam protes