Wednesday, September 10, 2025

Toyota Alphard Disita JPJ, Ibu Luah Kesedihan Anak Menangis Depan Mata

by
September 10, 2025
1 min read

KUALA LUMPUR – Seorang pengguna TikTok meluahkan rasa kecewa selepas kenderaan Toyota Alphard miliknya disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ketika Ops Luxury Car pada 30 Ogos lalu.

Sita Kereta Depan Anak Kecil

Menerusi hantaran di akaun TikTok dblanche shop, wanita berkenaan mendakwa keretanya dirampas tiga pegawai JPJ walaupun dia cuba merayu untuk memperbaharui cukai jalan (roadtax) ketika itu.

Menurutnya, insiden berlaku di hadapan anak kecilnya, menyebabkan mereka menangis ketakutan. Kenderaan tersebut juga penuh dengan barang jualan kerana dia dalam perjalanan untuk membuka gerai di Pasar Dinda pada hari berkenaan.

Rayuan Tidak Dilayan

“Saya terus merayu, siap hubungi agen insurans depan pegawai untuk hidupkan roadtax serta-merta. Saya mohon disaman saja, sebab memang nak renew on the spot. Tapi rayuan langsung tak dilayan,” kongsinya.

Kereta Arwah Suami

Wanita itu menambah, kereta tersebut adalah milik arwah suaminya, sudah habis dibayar dan tidak terikat pinjaman bank. Namun, JPJ enggan melepaskan kenderaan atas alasan dia tidak mempunyai dokumen sah sebagai pentadbir harta.

“Ini bukan kereta penjenayah, bukan kereta dadah. Ini kereta keluarga, kereta arwah suami yang saya guna untuk hantar empat anak ke sekolah, berniaga, dan urusan seharian. Saya tertekan, hidup makin susah tanpa kenderaan utama. JPJ tolong bertimbang rasa lah,” luahnya.

Wanita itu mendakwa SOP JPJ dilihat tidak bertimbang rasa dan menyusahkan golongan yang bergantung sepenuhnya kepada kenderaan untuk mencari rezeki. Sehingga kini, dia masih berusaha menuntut semula kereta tersebut setelah memperbaharui cukai jalan, namun berdepan kekangan dokumentasi pewarisan.

Kes Tarik Perhatian Netizen

Sehingga kini, kisah wanita ini mendapat sokongan ramai yang menggesa JPJ lebih bertimbang rasa dalam menjalankan operasi.

Kes ini juga menjadi pengajaran kepada semua pemilik kenderaan agar sentiasa memastikan dokumen lengkap dan cukai jalan sah bagi mengelak situasi tidak diingini. – The Malaysian Update

HANGAT MINGGU INI

Protes Anti-Rasuah Nepal: Menteri Kewangan Dikejar & Ditendang Penunjuk Perasaan

KATHMANDU – Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh manakala ratusan lagi cedera dalam protes

Perdana Menteri Nepal KP Sharma Oli Letak Jawatan Selepas Protes Berdarah

KATHMANDU – Perdana Menteri Nepal, KP Sharma Oli mengumumkan peletakan jawatan selepas