Friday, September 19, 2025

Aisar Khaled Diusir Ketika Hulurkan Bantuan Banjir di Bali

by
September 17, 2025
1 min read

BALI – Usaha pempengaruh Malaysia, Aisar Khaled, membantu mangsa banjir di Bali bertukar insiden tegang apabila beliau diusir penduduk tempatan ketika menyalurkan bantuan pada Selasa.

Teguran penduduk tempatan

Menurut laporan portal Indonesia, Suara.com, kehadiran Aisar yang membawa lori pikap berisi bantuan dikatakan mengganggu kerja pembersihan pasca banjir dan menyebabkan kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan.

Dalam video yang tular di media sosial, suasana pada mulanya kelihatan mesra apabila anak-anak kecil teruja menerima bantuan pakaian. Namun, keadaan berubah apabila seorang lelaki tempatan menegur Aisar dengan nada kasar dan memintanya segera beredar.

“Pergi kamu. Jangan masuk di sini. Orang sedang membuat pembersihan. Alihkan kenderaan,” kata lelaki berkenaan.

Aisar bagaimanapun tidak membantah, sebaliknya meminta maaf sebelum meninggalkan lokasi. “Siap, maaf ya bang. Terima kasih bang,” jawabnya ringkas.

Reaksi netizen dan situasi banjir

Walaupun menerima sindiran segelintir pihak yang mendakwa dirinya hanya mencari perhatian, Aisar tetap mendapat sokongan daripada anak-anak tempatan yang meminta beliau mengabaikan kritikan dan meneruskan usaha membantu mangsa banjir.

Terdahulu, Bali dilanda banjir terburuk dalam lebih sedekad selepas hujan lebat berterusan selama beberapa hari, mengakibatkan beberapa sungai melimpah, tanah runtuh serta meragut lebih sedozen nyawa. Ribuan penduduk turut terjejas di enam wilayah di pulau pelancongan berkenaan.

Sehingga kini, pasukan penyelamat masih giat menjalankan operasi pemindahan dan pembersihan di kawasan terjejas. Pihak berkuasa tempatan menasihatkan orang ramai supaya berwaspada berikutan amaran cuaca hujan lebat dijangka berterusan dalam tempoh beberapa hari akan datang. – The Malaysian Update

HANGAT MINGGU INI

MCMC Ambil Tindakan: Dua Akhbar Tempatan Dikompoun RM100,000

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengenakan kompaun sebanyak

Kantoi Payung Awek Hatyai Depan Isteri, Netizen Sindir Payung Bini Gagal Tetapi Payung Awek Berjaya

GEORGETOWN – Tular di TikTok seorang lelaki didakwa ‘kantoi’ ketika cuba payungkan