Friday, September 19, 2025

Robert Redford Meninggal Dunia Pada Usia 89 Tahun

by
September 17, 2025
1 min read

LOS ANGELES – Dunia perfileman antarabangsa kehilangan seorang lagi lagenda apabila pelakon dan pengarah tersohor Hollywood, Robert Redford disahkan meninggal dunia awal pagi Selasa di kediamannya di Sundance, Utah pada usia 89 tahun.

Menurut jurucakapnya, Cindi Berger, ikon filem itu menghembuskan nafas terakhir dalam tidur, dikelilingi insan tersayang. Bagaimanapun, punca kematian tidak didedahkan.

Bintang Besar Hollywood

Redford, yang dikenali dengan wajah berambut kusut dan karisma tersendiri, melonjak naik melalui filem klasik Butch Cassidy and the Sundance Kid (1969) bergandingan dengan Paul Newman. Selepas lebih dua dekad berlakon, beliau beralih ke arah pengarahan dan berjaya meraih Oscar.

Tidak sekadar berlakon dan mengarah, Redford turut dikenang sebagai pengasas Festival Filem Sundance iaitu platform berprestij yang melahirkan ramai pengarah filem bebas di seluruh dunia.

Kehidupan Peribadi & Aktivisme

Dilahirkan pada 18 Ogos 1936 di Santa Monica, California, Redford membesar sebagai anak kepada seorang akauntan. Sepanjang hidupnya, beliau pernah berkahwin dengan Lola Van Wagenen dan dikurniakan empat anak, namun seorang daripadanya meninggal dunia ketika masih bayi. Pada 2009, beliau mengikat perkahwinan bersama artis Jerman, Sibylle Szaggars.

Selain dunia seni, Redford juga aktif memperjuangkan isu alam sekitar, khususnya pemeliharaan landskap semula jadi di kawasan pergunungan Utah yang amat dicintainya. – The Malaysian Update

HANGAT MINGGU INI

MCMC Ambil Tindakan: Dua Akhbar Tempatan Dikompoun RM100,000

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengenakan kompaun sebanyak

Kantoi Payung Awek Hatyai Depan Isteri, Netizen Sindir Payung Bini Gagal Tetapi Payung Awek Berjaya

GEORGETOWN – Tular di TikTok seorang lelaki didakwa ‘kantoi’ ketika cuba payungkan