Saturday, November 08, 2025

“Simptom Muncul di Tahap Akhir” – Wanita Kongsi Pengalaman Buah Pinggang Rosak, Ingatkan Jangan Tunggu Terlambat

by
September 29, 2025
1 min read

KUALA LUMPUR – “Simptom biasanya muncul bila buah pinggang sudah rosak di tahap akhir. Sebab itu penting untuk orang yang sihat rajin buat medical check-up sekurang-kurangnya enam bulan sekali,” demikian perkongsian seorang pesakit dialisis, Farah Kok menerusi laman TikTok miliknya.

Beliau menegaskan, pemeriksaan awal amat penting kerana pada peringkat awal kerosakan buah pinggang, penyakit tersebut masih boleh dikawal dengan menjaga pemakanan. Namun jika sudah sampai tahap akhir, pesakit tiada pilihan lain selain bergantung kepada mesin dialisis.

Punca Kerosakan Buah Pinggang

Menerusi ruangan komen, seorang pengguna TikTok bertanya mengenai punca utama kerosakan buah pinggang, adakah ianya berpunca daripada pemakanan atau faktor genetik.

Menjawab persoalan itu, Farah Kok berkongsi bahawa tekanan darah tinggi merupakan faktor utama yang menyebabkan buah pinggangnya rosak.

“Dulu umur 12 tahun dah ada darah tinggi, tapi saya tak ambil ubat. Sekarang bacaan terkawal sebab jaga pemakanan,” jelasnya lagi.

Kencing Berbuih Setiap Kali

Seorang lagi pengguna, @ezamsteng bertanya sama ada kencing berbuih berlaku setiap kali atau hanya pada waktu pagi selepas bangun tidur.

Farah Kok membalas ringkas: “Setiap kali kencing.”

Nasihat Untuk Orang Ramai

Kisah yang dikongsikan Farah Kok ini mendapat perhatian ramai netizen yang turut meluahkan rasa simpati dan mengambil pengajaran. Beliau menasihatkan orang ramai agar tidak mengambil ringan soal kesihatan serta sentiasa peka dengan gaya hidup seharian.

“Kalau tahap awal, masih boleh kawal dengan diet dan gaya hidup sihat. Jangan tunggu ada simptom baru nak buat pemeriksaan,” pesannya.

Tanda-Tanda Awal Kerosakan Buah Pinggang

Sebagai peringatan, antara tanda awal kerosakan buah pinggang termasuklah kencing berbuih atau kerap kencing pada waktu malam, bengkak pada bahagian kaki, pergelangan tangan atau bawah mata, serta mudah berasa letih dan hilang selera makan. Tekanan darah tinggi yang sukar dikawal juga boleh menjadi petunjuk awal kepada masalah ini. Orang ramai dinasihatkan supaya segera mendapatkan rawatan perubatan jika mengalami gejala sedemikian bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih serius. – The Malaysian Update

HANGAT MINGGU INI

Model Rusia Buat Laporan Polis, Dakwa Jadi Mangsa Gangguan Lucah Ketika Live

KUALA LUMPUR – Seorang model warga Rusia, Alice Kasimova, tampil membuat laporan

Selepas 7 Tahun, Ibu ‘Mukagengster’ Peluk Islam – “Akhirnya Mak Titew…”

KUALA LUMPUR – Pemuda yang pernah tular dengan kisah penghijrahannya memeluk Islam,