Friday, October 03, 2025

Tular Konten Kreator Malaysia Bertahan 4 Jam Atas Pokok Elak Serangan Harimau

by
September 29, 2025
1 min read

KUALA LUMPUR, 29 Sept – Tular di TikTok apabila seorang konten kreator Malaysia, Fahad Mk berdepan detik cemas apabila terserempak dengan seekor harimau ketika menjalankan aktiviti eksplorasi hutan.

Detik Cemas Dalam Hutan

Menerusi rakaman yang dikongsikan di akaun TikTok miliknya, Fahad dilihat bersembunyi di atas sebatang pokok sambil memerhatikan gerak-geri harimau yang berada di semak berdekatan. Difahamkan, dia terpaksa bertahan hampir empat jam sebelum haiwan buas itu akhirnya beredar.

“Andai kau lapar sabarlah, bila aku penat aku pasti turun kerana aku juga lapar,” tulis Fahad pada video tersebut yang kini meraih perhatian ramai.

Tular Hingga Media Antarabangsa

Perkongsian itu turut mendapat liputan media antarabangsa termasuk CNN Indonesia yang melaporkan pengalaman berdepan saat genting tersebut.

Reaksi Netizen

Di ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan reaksi terkejut dan dalam masa sama berseloroh dengan situasi berbahaya itu.

Antara komen yang ditinggalkan termasuk: “Harimau tu sebenarnya boleh je panjat pokok kalau dia nak.”

Ada juga yang membayangkan keadaan lebih ngeri: “Bayangkan kalau tengah duduk atas tu, tiba-tiba pandang ke atas nampak ular besar.”

Seorang lagi meninggalkan komen ringkas: “Tunggu masa je nak jadi makan tengah hari.”

Turut mencuit hati apabila ada yang menulis: “Berani betul tinggal motor macam tu je kat bawah. Kalau dia bawak lari motor abang, macam mana nak balik?”

Tidak kurang juga komen berbunyi: “Aku rasa walaupun harimau tu dah pergi, aku tetap tak berani nak turun.”

Peringatan Perhilitan

Bagaimanapun, Fahad bersyukur kerana terselamat daripada ancaman haiwan liar itu yang disifatkannya sebagai pengalaman sukar untuk dilupakan.

Sementara itu, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) sebelum ini pernah mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati ketika melakukan aktiviti di kawasan hutan, khususnya di lokasi yang diketahui menjadi habitat harimau Malaya. Orang ramai dinasihatkan mengelakkan aktiviti bersendirian, selain segera menghubungi pihak berkuasa sekiranya terserempak dengan haiwan berbahaya.

HANGAT MINGGU INI

Kapal Global Sumud Flotilla Berjaya Tembusi Perairan Gaza

KUALA LUMPUR – Sebuah bot daripada misi Global Sumud Flotilla dilaporkan berjaya

Israel Serbu Flotila Gaza: Dunia Bangkit, Protes & Diplomat Diusir

KUALA LUMPUR – Ketika pasukan Israel memulakan pemintasan yang telah lama dijangka