ISTANBUL – Delegasi Malaysia dari misi Global Sumud Flotilla akhirnya selamat mendarat di Lapangan Terbang Istanbul pada Sabtu, dengan laungan penuh semangat “KEEP FREE PALESTINE” bergema dari rombongan tersebut.
Laungan Ustaz Mad
Dalam suasana penuh syukur itu, kedengaran suara seorang ustaz kecil yang dikenali sebagai Ustaz Mad melaungkan “Free Free Palestine” sehingga mencuit hati ramai yang menonton rakaman tersebut.
Reaksi Lucu Netizen
Gelagat itu pantas mendapat perhatian netizen yang bukan sahaja terharu, malah terhibur dengan momen spontan tersebut.
Seorang netizen berseloroh mengatakan ustaz Mad comel, kerana sepanjang video hanya kelihatan dahinya sahaja, namun suara lantangnya tetap jelas.
Ada juga yang bergurau, kalau berada di tempat Rahmat, pasti terus mendukung ustaz Mad supaya wajahnya masuk ke dalam kamera.
Seorang lagi menulis dengan nada kelakar, kononnya ada kawan di sebelah cuba menenangkan ustaz Mad dengan ayat “sabaq mat sabaq”.
Tidak kurang juga yang mengusik pintu di lokasi rakaman kerana seperti tidak memberi kerjasama untuk membolehkan semua wajah masuk dalam kamera.
Ada yang meluahkan rasa syukur kerana masih dapat mendengar suara Rahmat, namun pada masa sama tidak mampu menahan ketawa dengan gaya percakapannya yang spontan.
Selepas Dibebaskan
Difahamkan, kesemua 23 rakyat Malaysia kini berada dalam keadaan baik dan selamat selepas dibebaskan daripada tahanan rejim Zionis. Mereka sedang menjalani proses dokumentasi serta diberikan rawatan asas sekiranya diperlukan sebelum pulang ke tanah air dalam masa terdekat.
Semangat Bersama Palestin
Momen di Istanbul ini bukan sahaja menjadi pengubat rindu buat keluarga dan rakyat Malaysia, tetapi juga simbol bahawa perjuangan membebaskan Palestin sentiasa hidup di hati rakyat Malaysia. Laungan kecil di lapangan terbang itu seolah-olah menyambung suara perjuangan rakyat Palestin yang tidak pernah padam. – The Malaysian Update