Thursday, October 09, 2025

Aisar Khaled Sambut Kepulangan Sahabat Baik, Haroqs Pulang Dari Palestin Selepas Dibebaskan Tentera Israel

by
October 8, 2025
2 mins read

KUALA LUMPUR – Tular di TikTok apabila Aisar Khaled memuat naik video menyambut kepulangan sahabat karibnya, Haroqs, yang baru pulang ke tanah air selepas dibebaskan daripada tahanan tentera Israel di Palestin.

Menerusi perkongsian video berkenaan, kelihatan kedua-duanya berpelukan erat dalam suasana penuh emosi. Haroqs turut kelihatan sebak dan menitiskan air mata sebaik tiba di Malaysia, disambut penuh kasih oleh Aisar dan pasukannya.

“Sahabat dan teamku Haroq pulang Malaysia dari Palestin,” tulis Aisar ringkas di kapsyen video tersebut.

Momen pertemuan itu bukan sekadar perjumpaan dua sahabat, tetapi simbol kelegaan dan kesyukuran selepas melalui detik mencemaskan di bumi bergolak itu.

Doa Haroqs yang Dimakbulkan Allah

Dalam pada itu, ramai yang kembali mengimbau kisah tular sebelum ini ketika Haroqs berdoa agar rakyat Palestin dikurniakan rezeki ikan yang banyak, hanya beberapa hari sebelum beliau ditahan oleh tentera Israel.

Beberapa hari selepas doa itu dipanjatkan, nelayan Palestin benar-benar memperoleh hasil tangkapan luar biasa. Momen itu menjadi simbol kekuatan doa dan keikhlasan hati pejuang muda tersebut.

“Tengok Haroqs je, terus teringat moment doa dia menembusi langit, dimakbulkan Allah,” tulis seorang pengguna yang turut mengakui terharu dengan kuasa doa tersebut.

Netizen Sebak, Kagum Dengan Eratnya Persahabatan

Ramai dalam kalangan netizen menzahirkan rasa kagum terhadap kesungguhan Aisar yang dilihat sanggup pulang ke tanah air demi menyambut sahabat baiknya itu.

“Sanggup Aisar balik sebab Haroq… MasyaAllah hebat,” komen seorang pengguna yang juga pengacara siaran langsung di TikTok.

Tidak kurang juga yang memuji keperibadian Aisar, yang disifatkan sentiasa menghargai orang sekeliling tanpa mengira pangkat atau status.

“Aisar ni satu je saya salute — dia betul-betul menghargai sesiapa pun dengan penuh ikhlas,” tulis seorang lagi pengguna.

Bagi sebahagian penonton pula, video berkenaan cukup menyentuh perasaan hingga membuatkan ramai menitiskan air mata.

“Sapa tengok ulang banyak kali, pastu senyum tak sedar air mata mengalir… Sebak weh,” luah seorang netizen.

Dalam masa sama, ada juga yang mengingatkan agar masyarakat tidak melupakan misi kemanusiaan Freedom Flotilla Sumud yang masih berjuang untuk Gaza.

“Kita jangan lupa pada second wave, Freedom Flotilla Sumud. Jangan lupakan mereka juga membawa misi yang sama,” tulis seorang pengguna di ruangan komen.

Ikatan ‘Brotherhood’ Yang Jarang Dilihat

Seorang pengguna lain turut berkongsi kisah lama persahabatan mereka, menceritakan bagaimana Haroqs sering menjadi tulang belakang di sebalik kejayaan Aisar Khaled, dari projek video, misi umrah hingga ke anugerah di luar negara.

“Aisar boxing pun Haroqs yang rakam, Aisar dapat award kat China pun dia bawa Haroqs sekali. Ramadhan pun bersama, tengok bola sama, sampai bila Haroqs hilang telefon pun Aisar dan team sanggup batalkan tiket mereka untuk cari balik. Memang brotherhood mereka ni positif dan saling support,” tulisnya.

Video pertemuan dua sahabat ini bukan sekadar kisah reunion, tetapi cerminan nilai setia kawan, keikhlasan, dan keteguhan semangat seorang insan yang pernah merasai keperitan ditahan di bumi Palestin.

Haroqs merupakan antara aktivis Global Solidarity Flotilla (GSF) yang selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam selepas dibebaskan oleh pihak Israel. Ketibaan mereka disambut penuh rasa syukur dan linangan air mata oleh ahli keluarga, rakan-rakan serta penyokong yang menantikan kepulangan mereka sejak beberapa minggu lalu.

MasyaAllah, indahnya persahabatan kerana Allah. – The Malaysian Update

HANGAT MINGGU INI

‘Bermejakan Baldi, Berlantaikan Pasir’: Keteguhan Pelajar PhD Palestin di IIUM Terus Jadi Inspirasi

GAZA – Dalam suasana bergolak dan penuh ketidaktentuan, kisah ketabahan seorang pelajar

Wanita Nekad Tuntut Hutang Mas Kahwin, ‘Terjah’ Bekas Suami Di Masjid Saat Akad Nikah

KUALA LUMPUR – Tular di laman sosial apabila seorang wanita dikenali sebagai