Saturday, November 15, 2025

Misi Selesai: Helikopter Bomba Bawa Turun Jenazah Mustaqqeem Dari Gunung Liang Petang Tadi

by
October 17, 2025
1 min read

IPOH: Jenazah Mustaqqeem Mansoor yang ditemukan di Gunung Liang, dekat Tanjong Malim semalam, berjaya dibawa keluar oleh Pasukan Khas Udara Bomba (PASKUB) pada 2.45 petang tadi.

Pemangku Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Shazlean Mohd Hanafiah berkata jenazah dibawa turun dari puncak gunung berketinggian 1,933 meter menggunakan helikopter AW189.

“Helikopter dengan enam kru dari Pangkalan Udara JBPM Wilayah Tengah berlepas dari padang kawad Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 2.30 petang ke puncak Gunung Liang.

“Mangsa berjaya dibawa naik pada 2.45 petang menggunakan teknik winching dan diterbangkan ke padang kawad UPSI sebelum dibawa ke Hospital Slim River untuk proses bedah siasat,” katanya dalam kenyataan.

Shazlean berkata percubaan pertama membawa keluar mangsa pada sebelah pagi tidak dapat dilakukan kerana hujan dan awan tebal di persekitaran gunung.

Sementara itu, komander operasi Mohd Zairul Fahmi Mohd Nazari ketika dihubungi berkata dua malim gunung kekal berada di puncak gunung bagi memastikan mayat mangsa selamat sementara menunggu ketibaan pasukan penyelamat.

Mustaqqeem, 34, ditemukan meninggal dunia pada 3.30 petang semalam, di puncak Gunung Liang Barat selepas bersama-sama 10 rakan memulakan pendakian pada 10 Okt dari Bukit Fraser, Pahang dan kali terakhir dilihat pada 14 Okt.

Sumber : BERNAMA

HANGAT MINGGU INI

Sekolah Agama Dari Ceruk Kampung Jadi Fenomena Bola Sepak Thailand

BANGKOK – Tular di seluruh Thailand, kisah sebuah sekolah agama serba kekurangan

Pengasas eHATI Didakwa Lari ke Negara Asia Tenggara Sehari Sebelum Pertuduhan

KUALA LUMPUR – Pengasas program eHATI bersama suaminya dipercayai melarikan diri ke