Friday, November 07, 2025

Ibu Zayn Rayyan Didapati Bersalah Abaikan Anak, Hukuman Ditangguhkan Untuk Rayuan

October 31, 2025
1 min read

KUALA LUMPUR – Ibu kepada kanak-kanak Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, hari ini didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan mengabaikan anaknya sehingga menyebabkan kecederaan fizikal.

Hakim Putuskan Bersalah

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Dr. Syahliza Warnoh selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan.

Pihak mahkamah kemudiannya menangguhkan prosiding bagi memberi ruang kepada pihak pembelaan untuk mengemukakan rayuan terhadap hukuman yang akan dijatuhkan.

Memetik Laporan Kosmo!, Ismanira Abdul Manaf, 30, sebagai individu yang mempunyai pemeliharaan terhadap anaknya, Zayn Rayyan yang ketika itu berusia enam tahun, didakwa bersama-sama mengabaikan tanggungjawabnya sehingga menyebabkan kecederaan fizikal kepada mangsa.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sekitar kawasan Blok R, Apartment Idaman, Damansara Damai hingga ke kawasan sungai berdekatan, antara pukul 12 tengah hari, 5 Disember hingga 9.55 malam, 6 Disember 2023.

Dakwaan dan Hukuman

Kesalahan berkenaan didakwa di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda hingga RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Barisan Pendakwaan dan Pembelaan

Prosiding pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin, Aqharie Durranie Aziz dan Nur Sabrina Zubairi, manakala tertuduh diwakili oleh pasukan peguam bela terdiri daripada Haresh Mahadevan, Ramzani Idris dan Lavanesh Haresh.

Kes Jadi Tumpuan Umum

Kes ini mendapat perhatian ramai susulan tragedi kematian Zayn Rayyan pada Disember tahun lalu yang menggemparkan negara, dan perkembangan selanjutnya dijangka terus menjadi tumpuan umum. – The Malaysian Update

HANGAT MINGGU INI

‘Hari Ini Hari Dia’ — OKU Fizikal Tamat Pengajian Di UniSZA, Kisah Ketabahan Zulfaqar Aslam Undang Sebak

KUALA TERENGGANU – Tular di TikTok perkongsian oleh Zulfaqar Aslam, atau nama

Penyanyi ‘Tabola Bale’ Disambut Meriah di Malaysia, Lagu Diputar Kuat di Stesen Minyak

KUALA LUMPUR – Menerusi perkongsian yang tular di media sosial, seorang pengguna