Friday, November 07, 2025

“Saat Rahim Dihuni, Suami Pergi Selamanya” — Ujian Berat Buat Farah Fakhira

by
October 31, 2025
1 min read

KUALA LUMPUR – Menerusi perkongsian di platform Threads oleh pengguna @arfalyana, kisah wanita bernama Farah Fakhira sekali lagi meruntun hati ramai warganet. Dalam saat dirinya akhirnya dikurniakan zuriat selepas empat tahun menanti, Allah menguji dengan mengambil suami tercinta.

“Hebat ujian insan yang bernama Farah Fakhira ni. Di saat Kau izinkan rahimnya berpenghuni, Kau ambil suaminya,” tulis pengguna berkenaan.

Kisah hidup Farah penuh dengan deretan ujian. Bermula dengan kemalangan yang meragut nyawa ibunya ketika dia masih muda, diikuti adik bongsu yang patah tulang peha, kemudian perpisahan dengan suami pertama, sebelum bertemu jodoh dengan suami kedua yang sangat baik dan penyayang.

Namun, di saat bahagia mula menjengah dan doa untuk memiliki zuriat akhirnya dimakbulkan, Allah sekali lagi menduga. Suaminya dilaporkan pengsan secara tiba-tiba ketika bermain badminton sebelum disahkan meninggal dunia.

Komen Warganet: Doa dan Air Mata Mengiringi

Perkongsian tersebut meninggalkan kesan mendalam dalam kalangan pengguna media sosial yang turut merasai kesedihan Farah. Ramai yang mengakui tidak mampu menahan air mata ketika melihat perkongsian di Instagram dan TikTok milik wanita tabah itu.

Ada yang menulis, “Nangis baca, tengok IG dia tadi,” manakala seorang lagi berkongsi, “Sedih sangat ya Allahhh.”

Seorang rakan terdekat Farah turut disebut dalam komen, dipercayai sentiasa berada di sisi wanita itu sepanjang suka dan duka. “Ida ni salah sorang sahabat Farah yang ada masa jatuh bangun dia. Harap dia dapat teman Farah saat macam ni. Mereka kena kuat untuk Farah,” tulis seorang pengguna lain dengan nada sebak.

Luahan Hati Farah di TikTok

Dalam hantaran terbarunya di TikTok, Farah berkongsi rasa kehilangan yang sukar diungkap.

“Innalillahiwainnailaihirojiun.
Ya Allah, ampunkanlah suamiku. Sesungguhnya dia seorang suami yang sangat baik dan bertanggungjawab.

Terima kasih kerana pinjamkan dia buatku selama ini. Terima kasih izinkan kami ada zuriat bersama walaupun dia dah tak ada denganku.

Rasa sekelip mata gelap terus dunia bila situasi ni datang semula. Benarlah, kematian ni bila-bila masa saja Allah nak ambil.”

Farah turut memohon doa agar suaminya ditempatkan dalam kalangan orang beriman, serta agar dirinya dan bayi yang dikandung terus diberi kekuatan menghadapi hari mendatang.

“Minta sangat doakan arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman & semoga suatu hari nanti fara boleh jumpa dia di syurga.
Dan minta juga doakan fara sihat dengan baby, & kuat jalani kehidupan lepas ni.”

Kisah Farah Fakhira bukan sekadar kisah duka, tetapi juga lambang kekuatan seorang wanita yang terus berdiri walau berkali-kali rebah. Semoga Allah SWT mengurniakan ketenangan, kesembuhan dan kekuatan buat Farah serta menempatkan arwah suaminya di syurga tertinggi. – The Malaysian Update

HANGAT MINGGU INI

‘Hari Ini Hari Dia’ — OKU Fizikal Tamat Pengajian Di UniSZA, Kisah Ketabahan Zulfaqar Aslam Undang Sebak

KUALA TERENGGANU – Tular di TikTok perkongsian oleh Zulfaqar Aslam, atau nama

Penyanyi ‘Tabola Bale’ Disambut Meriah di Malaysia, Lagu Diputar Kuat di Stesen Minyak

KUALA LUMPUR – Menerusi perkongsian yang tular di media sosial, seorang pengguna