Tuesday, December 09, 2025

ZUS Coffee Nafi Pecat Pekerja, Mohon Hormat Privasi Pihak Terlibat

by
November 10, 2025
1 min read

KUALA LUMPUR, 10 NOVEMBER — Rangkaian kopi tempatan terkemuka, ZUS Coffee, tampil mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung penularan video insiden melibatkan seorang pekerjanya di salah satu cawangan syarikat itu semalam.

Siasatan Menyeluruh & Sokongan Untuk Pekerja

Menerusi hantaran di Facebook, pihak ZUS Coffee memaklumkan mereka telah mengambil langkah sewajarnya untuk menjalankan siasatan menyeluruh dan dalam masa sama memberi sokongan penuh kepada pekerja terlibat.

“Bekerja dalam industri perkhidmatan bukan mudah, dan perkara sebegini tidak sewajarnya berlaku. Kita hanyalah manusia yang mencuba sebaik mungkin,” ujar kenyataan itu.

Seruan Hormat Privasi & Elak Sebar Video

ZUS Coffee turut menyeru semua pihak agar menghormati privasi individu terlibat serta tidak berkongsi atau menyiarkan semula video berkenaan tanpa kebenaran. Orang ramai juga diingatkan supaya tidak menularkan sebarang kenyataan palsu yang boleh mengganggu proses siasatan.

“Zurista kami kini sedang berehat dan memulihkan diri daripada insiden tersebut. Kami berharap semua pihak dapat memberi ruang dan masa sementara kami meneliti perkara ini dengan penuh perhatian,” jelas ZUS Coffee.

Nafi Dakwaan Pemberhentian Kerja

Dalam ruangan komen di Facebook, syarikat itu turut menafikan dakwaan bahawa pekerja berkenaan telah diberhentikan kerja.

“Kami berharap semua pihak dapat memberikan ruang dan pemahaman sewaktu beliau melalui proses pemulihan ini. Elakkan daripada menggalakkan tingkah laku agresif serta penyebaran maklumat palsu,” tambah kenyataan tersebut.

Insiden Tular Cetus Reaksi Netizen

Insiden berkenaan menjadi tular di media sosial sejak semalam apabila rakaman memperlihatkan interaksi tegang antara seorang pelanggan dan pekerja di salah satu cawangan ZUS Coffee, yang mengundang pelbagai reaksi netizen. -The Malaysian Update

HANGAT MINGGU INI

Aceh Dilanda Banjir Lumpur, Dakwaan Bantuan Pertama Datang Dari Malaysia Tular di Media Sosial

ACEH – Banjir besar yang melanda Aceh terus meninggalkan kesan yang menyentuh

Ahli Parlimen Padang Serai Didakwa Subahat Kes Rasuah RM400,000

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Padang Serai Datuk Azman Nasrudin hari ini