Monday, November 17, 2025

Pengasas eHATI Didakwa Lari ke Negara Asia Tenggara Sehari Sebelum Pertuduhan

November 14, 2025
1 min read
Pengasas eHATI (kanan, bertudung) antara enam individu yang dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman. FOTO: FARIZ RUSADIO

KUALA LUMPUR – Pengasas program eHATI bersama suaminya dipercayai melarikan diri ke sebuah negara di Asia Tenggara, hanya sehari sebelum mereka sepatutnya berdepan pertuduhan di mahkamah.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar memaklumkan bahawa semakan pihaknya mendapati pasangan itu keluar melalui laluan sah.

“Mereka tinggalkan negara dipercayai 13 Oktober di mana pertuduhan pada 14 Oktober. Kita telah kenal pasti ke negara mana mereka pergi dan PDRM akan berhubung dengan rakan strategik negara itu untuk membantu mengesan penama-penama yang dikeluarkan waran tangkap ke atas mereka,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor hari ini.

Beliau tidak mendedahkan negara terbabit kerana bimbang ia mengganggu usaha menjejaki kedua-dua suspek.

Memetik laporan Kosmo!, pasangan itu sepatutnya didakwa pada 14 Oktober lalu bersama sepasang suami isteri yang merupakan doktor kecantikan dan fasilitator eHATI sebelum mereka melarikan diri.

Kontroversi Program Queen’s Night

Kes berkenaan menjadi perhatian selepas polis memanggil 95 individu bagi membantu siasatan penganjuran program motivasi rumah tangga di sebuah pusat konvensyen di Seksyen 15 pada September tahun lalu.

Siasatan turut menemui kewujudan adegan bogel dalam acara Queen’s Night, yang melibatkan empat fasilitator program tersebut.

PDRM kini meneruskan usaha mengesan kedua-dua suspek bagi melengkapkan siasatan. – The Malaysian Update

HANGAT MINGGU INI

Kes Terjun Jambatan: Kesian Adik Aidil Hakim, MyKad Diviralkan Tanpa Sebab

GEORGE TOWN – Seorang remaja lelaki, Mohammad Aidil Hakim, menjadi mangsa salah

Sekolah Agama Dari Ceruk Kampung Jadi Fenomena Bola Sepak Thailand

BANGKOK – Tular di seluruh Thailand, kisah sebuah sekolah agama serba kekurangan