Friday, December 12, 2025

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia di Rumah

by
November 26, 2025
1 min read

KUALA LUMPUR – Pelakon veteran tanah air, Dharma Harun Al Rashid, 69, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya pada malam Selasa.

Berita duka itu dimaklumkan oleh anak lelakinya, Syafiq Dharma, menerusi hantaran di Instagram Story.

Menurut Syafiq, arwah bapanya ditemui tidak bernyawa sebaik sahaja dia pulang ke rumah sekitar 9.10 malam.

“Ayah saya meninggal waktu saya balik tadi pukul 9.10 malam. Jenazah akan diuruskan di Masjid Abu Ubaidah, Taman Sri Rampai, Kuala Lumpur,” tulisnya.

Detik Penuh Sebak

Memetik laporan Harian Metro, Syafiq berkata ketika kejadian, tubuh arwah bapanya sudah dalam keadaan keras dan sejuk.

“Saya baru balik kelas. Dia jatuh. Tubuh badannya dah keras dan sejuk. Saya pusing mana pun dia keras. Saya sudah panggil ambulans,” katanya.

Kesihatan Semakin Merosot Sejak Diserang Angin Ahmar

Untuk rekod, Dharma pernah diserang angin ahmar kira-kira lima tahun lalu, menyebabkan beliau mengalami kesukaran bertutur dan masalah daya ingatan. Pelakon popular era 1980-an itu juga dilaporkan menghidap asma.

Pada Julai lalu, keadaan fizikalnya sekali lagi menjadi perhatian selepas Syafiq memuat naik gambar arwah mengerjakan solat dalam keadaan duduk.

Tinggal Bersama Dua Anak

Allahyarham tinggal bersama dua anaknya, Muhammad Al Syafiq, 36, dan Siti Qurratu Aini, 37, yang kini masih mengikuti pengajian di ASWARA.

Dharma dikenang sebagai antara pelakon komedi dan watak sampingan paling diingati menerusi filem-filem popular seperti Adik Manja dan Sikit Punya Gila. – The Malaysian Update

HANGAT MINGGU INI

Erra Fazira Sah Bergelar Isteri Ezwan Zain — Majlis Penuh Syahdu di Rinjani Majestic

KUALA LUMPUR – Primadona filem alaf baharu, Erra Fazira, 51, menamatkan status

Tiada Prospek Kejayaan, AGC Tarik Balik Rayuan Terhadap Pembebasan Rosmah

KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan untuk tidak meneruskan rayuan