Friday, December 12, 2025

Rakyat Thailand Terharu, Bantuan Dari Malaysia Disambut Dengan Penuh Penghargaan

November 27, 2025
1 min read

HATYAI – Menerusi beberapa perkongsian di media sosial termasuk Yala Group, kelihatan konvoi bantuan dari Malaysia memasuki Thailand bagi misi membantu mangsa banjir di Hatyai. Komuniti tempatan turut mengucapkan penghargaan:

“Terima kasih atas persahabatan daripada rakan-rakan Malaysia.” tulis nakhon yala group

Perkongsian ini turut disertakan kapsyen pelbagai bahasa, menzahirkan rasa terharu rakyat Thailand terhadap bantuan segera dari Malaysia.

Keadaan Banjir Hatyai Masih Kritikal

Menurut laporan tempatan, banjir di Hatyai dilaporkan masih kritikal dan mencabar, akibat hujan berterusan serta kemunculan gelombang kedua banjir. Beberapa kawasan yang jarang dinaiki air kini turut tenggelam, manakala laluan utama seperti Danok, Hatyai terputus di beberapa lokasi, menyukarkan usaha bantuan dan pemindahan mangsa.

Pasukan Penyelamat Sukarela Malaysia Turun Membantu

Ramai rakyat Malaysia yang terkandas di selatan Thailand menyebabkan beberapa pasukan penyelamat sukarela dari Malaysia bergerak ke lokasi terjejas bagi membantu mangsa banjir.

Presiden Hotel Hatyai memaklumkan bahawa pasukan sukarela ini amat berpengalaman dalam operasi banjir dan sangat diperlukan di kawasan berisiko tinggi. Mereka juga mampu bertindak pantas dalam keadaan ekstrem.

Ramai mangsa kini masih terperangkap di hotel-hotel sekitar pusat bandar yang tidak boleh diakses oleh kenderaan biasa. Oleh itu, pihak berkuasa Thailand mempercepatkan penghantaran bot penyelamat ke zon merah untuk membawa mangsa keluar.

Operasi Sukar di Kawasan Berarus Deras

Antara lokasi yang paling mencabar ialah Daerah 8, yang menerima ribuan permintaan bantuan daripada penduduk tempatan dan pelancong. Arus banjir yang deras memerlukan operasi disusun dengan teliti demi keselamatan pasukan penyelamat sukarela.

Rakyat Thailand Terharu, Puji Pasukan Malaysia

Dalam siaran langsung media tempatan Thailand di TikTok, ramai rakyat Hatyai memuji ketangkasan dan sifat kemanusiaan tinggi pasukan penyelamat Malaysia.

Antara komen yang diterjemah ke Bahasa Malaysia:

“Pasukan Malaysia membantu semua orang, bukan hanya rakyat mereka sendiri. Saya orang tempatan dan sangat berterima kasih kepada setiap negeri di Malaysia yang datang membantu kami. Semoga anda semua dilindungi selalu.”

“Terima kasih kepada semua pasukan penyelamat dari Malaysia. Terima kasih dari lubuk hati rakyat Thailand.”

“Terima kasih Malaysians atas kebaikan dan kasih sayang anda. Saya terus terharu. Tidak sangka saudara-saudari Malaysia sanggup segera datang membantu kami di Hatyai. Kebaikan anda tiada tandingan.”

Walaupun banjir di Hatyai masih berada pada tahap berbahaya, semangat persahabatan dan solidariti antara Malaysia dan Thailand menjadi sumber kekuatan kepada mangsa yang terjejas. Kehadiran pasukan penyelamat sukarela Malaysia bukan sahaja membawa bantuan fizikal, malah membawa harapan dan semangat perpaduan antara dua negara. – The Malaysian Update

HANGAT MINGGU INI

Erra Fazira Sah Bergelar Isteri Ezwan Zain — Majlis Penuh Syahdu di Rinjani Majestic

KUALA LUMPUR – Primadona filem alaf baharu, Erra Fazira, 51, menamatkan status

Tiada Prospek Kejayaan, AGC Tarik Balik Rayuan Terhadap Pembebasan Rosmah

KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan untuk tidak meneruskan rayuan