Saturday, December 27, 2025

Mohd Shukri Ramli Umum Letak Jawatan MB Perlis Atas Faktor Kesihatan

by
December 25, 2025
1 min read

KANGAR – Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli hari ini mengumumkan peletakan jawatannya secara sukarela atas faktor kesihatan.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Mohd Shukri dalam satu sidang media yang diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar di sini, hari ini.

Menurut laporan BERNAMA, Mohd Shukri memaklumkan bahawa surat peletakan jawatan tersebut telah dipersembahkan kepada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada tengah hari tadi.

Sehubungan itu, beliau berkata peletakan jawatan berkenaan hanya akan berkuat kuasa selepas mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

“Saya dengan ini menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan Duli Yang Maha Mulia Tuanku untuk mempertimbangkan hasrat saya ini,” katanya.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang itu turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga pentadbiran kerajaan negeri serta rakyat Perlis atas kerjasama dan sokongan yang diberikan sepanjang tempoh beliau menerajui pentadbiran negeri.

Beliau juga menzahirkan harapan agar pentadbiran kerajaan negeri Perlis terus berjalan lancar demi kesejahteraan dan kepentingan rakyat. – The Malaysian Update

HANGAT MINGGU INI

Kes 1MDB: Mahkamah Menjatuhi Najib Hukuman Penjara 15 Tahun & Denda RM11.4 Bilion

PUTRAJAYA – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 15

BERSATU seru semua pihak bertenang susulan kemelut politik Perlis

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menegaskan perkembangan politik di