Tuesday, October 07, 2025

Tarikh Buka Sekolah 2021 Susulan PKP 2.0

January 12, 2021
1 min read
PUTRAJAYA, 10 Jun -- Menteri Kanan (Pendidikan) Dr Mohd Radzi Md Jidin ketika sidang media khas di Perdana Putra hari ini.?Semua sekolah di seluruh negara akan dibuka semula mulai 24 Jun ini namun hanya melibatkan pelajar yang akan menduduki peperiksaan awam dan antarabangsa yang setara pada tahun ini?--fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA PUTRAJAYA, June 10 -- Senior Minister (Education) Dr Mohd Radzi Md Jidin during a press conference at Perdana Putra today. All schools nationwide will reopen on June 24 involving students sitting for public examinations and equivalent international examinations. --fotoBERNAMA (2020) COPYRIGHTS RESERVED

Tarikh Buka Sekolah 2021 / Pengoperasian Institusi Pendidikan Di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)



Susulan pengumuman PKP 2.0 melalui Perutusan Khas YAB Perdana Menteri pada 11 Januari 2021, adalah dimaklumkan bahawa pengoperasian institusi pendidikan di bawah KPM adalah tertakluk kepada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) atau Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sesuatu kawasan.

  1. Negeri PKP
    • Pulau Pinang
    • Selangor
    • WP Kuala Lumpur
    • WP Putrajaya
    • WP Labuan
    • Johor
    • Sabah
    • Melaka
  2. Negeri PKPB
    • Kedah
    • Perak
    • Negeri Sembilan
    • Kelantan
    • Terengganu
    • Pahang
  3. Negeri PKPP
    • Sarawak
    • Perlis
tarikh buka sekolah 2021
tarikh buka sekolah 2021

Di sini kami kongsikan tarikh buka sekolah mengikut kawasan yang diumumkan melalui sidang media KPM sebentar tadi:

Tarikh Buka Sekolah Di Kawasan PKP


Bagi sekolah di kawasan PKP, sesi persekolahan secara bersemuka hanya akan melibatkan murid yang akan menduduki peperiksaan berikut (tahun 2020 dan 2021):

  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Sijil Vokasional Malaysia (SVM)
  • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
  • Diploma Vokasional Malaysia (DVM)
  • Peperiksaan antarabangsa yang setara

Murid Sekolah Berasrama Penuh & Asrama Sekolah Harian yang akan menduduki peperiksaan tersebut dibenarkan pulang ke asrama mulai 16 Januari 2021.

Surat kebenaran khas akan dikeluarkan oleh pihak sekolah bagi membolehkan murid merentas negeri atau daerah untuk pulang ke asrama.

Murid Sekolah Rendah Hingga Tingkatan 4 – Semua murid sekolah rendah dan murid Tingkatan 1 hingga 4 di sekolah menengah kawasan PKP akan mengikuti pembelajaran melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) mengikut kesesuaian guru dan murid mulai 20 Januri 2021.

Ketetapan ini juga terpakai kepada murid Semester 2 SMV dan Semester 2 DVM tahun 2020 di Kolej Vokasional.

PKSK Tingkatan 1 – Pentaksiran di antara 20 hingga 29 Januari 2021.

PKSK Tingkatan 4 – Pentaksiran di antara 15 hingga 25 Februari 2021.

Pelajar Kolej Matrikulasi – Pelajar yang telah berada di kolej perlu kekal di kolej masing-masing untuk mengikuti pembelajaran secara hibrid.

Pelajar Institusi Pendidikan Guru (IPG) – Semua program pengajian secara online mulai 17 Januari 2021

Tadika swasta – Boleh terus beroperasi secara bersemuka

Pengoperasian Sekolah & Institusi Pendidikan KPM Di Kawasan PKPB dan PKPP

Bagi kawasan PKPB dan PKPP, pengoperasian adalah berdasarkan takwim institusi masing-masing.

Rujuk Takwim Persekolahan 2021

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk siaran media KPM bertarikh 11 Januari 2021 di SINI.

Perincian mengenai tarikh buka sekolah dan pengoperasian institusi pendidikan bawah KPM dan semua kategori Institusi Pendidikan Swasta yang berdaftar dengan KPM boleh didapati melalui Sidang Media oleh Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin pada esok, 12 Januari 2021.

*Sila rujuk Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia dan Dr Radzi Jidin untuk info terkini.

HANGAT MINGGU INI

Banyak Kepala Spermanya Cacat’ – Doktor Jelaskan Aktiviti Berbasikal Boleh Jadi Punca Sperma Rosak

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggar, ramai yang memilih untuk melakukan aktiviti

‘Hobi Kami Mahal’ – 76 Penunggang Motosikal Ditahan, 327 Saman Dikeluarkan

Tindakan sekumpulan penunggang motosikal yang melakukan aksi berbahaya dan bersaing sesama sendiri