Sunday, October 26, 2025

Jurulatih Sabah Ditumbuk Pegawai Sendiri, Insiden Malu Disiar Langsung

August 24, 2025
1 min read

KUALA LUMPUR – Perlawanan penentuan tempat ketiga Piala Futsal Malaysia 2025 antara Sabah dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di N9 Arena, Nilai, hari ini bertukar kecoh apabila ketua jurulatih Sabah, Roger Filipe ditumbuk oleh pegawainya sendiri.

Sabah yang pada mulanya selesa mendahului 3-1, terpaksa akur apabila JDT bangkit melakukan kebangkitan dramatik untuk menang 4-3.

Namun, sejurus wisel penamat ditiup, suasana menjadi tegang apabila Roger yang gagal mengawal emosi bertindak masuk ke dalam gelanggang dengan agresif. Difahamkan, beliau menyiku seorang pegawai pasukan sendiri yang cuba menenangkannya sebelum menerima tumbukan sehingga terbaring di lantai.

Lebih memalukan, aksi pergaduhan itu turut disiarkan secara langsung menerusi Astro Arena saluran 801. – The Malaysian Update

HANGAT MINGGU INI

Donald Trump Mendarat di KLIA — Lawatan Pertama Presiden AS ke Malaysia Dalam 10 Tahun!

SEPANG: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump tiba di Malaysia hari ini

Doa Jiran ‘Menembusi Langit’, Kisah Safitri Diceraikan Dua Hari Sebelum Suami Dilantik PPPK Raih Simpati Ramai

ACEH – Kisah pilu seorang wanita dari Aceh, Indonesia kembali mengundang sebak