Thursday, September 11, 2025

Tragedi Mengejut di Port Dickson – Tiga Sekeluarga Ditemui Tidak Bernyawa Dalam Rumah

August 31, 2025
1 min read

SEREMBAN – Dua beradik lelaki dan perempuan serta ibu saudara mereka ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah di Taman Tanjung Port Dickson hari ini.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian membabitkan mangsa berusia dalam lingkungan 38 hingga 56 tahun itu daripada Hospital Port Dickson pada 12.20 tengah malam.

“Siasatan awal mendapati dua mayat ditemukan di bahagian ruang tamu manakala seorang lagi di atas katil dalam bilik tidur di rumah. Ketiga-tiga berada dalam keadaan terlentang dengan lengkap berpakaian.

“Seorang mangsa dikenal pasti mempunyai penyakit kronik manakala seorang lagi orang kurang upaya (sindrom),” katany

Beliau berkata hasil pemeriksaan lanjut ke atas tubuh badan mereka tidak menemukan sebarang kesan pergelutan atau perlakuan jenayah selain tiada sebarang kesan geledah atau kehilangan barang-barang peribadi.

Alzafny berkata mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Port Dickson untuk bedah siasat dan kes di klasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sumber: BERNAMA

HANGAT MINGGU INI

Toyota Alphard Disita JPJ, Ibu Luah Kesedihan Anak Menangis Depan Mata

KUALA LUMPUR – Seorang pengguna TikTok meluahkan rasa kecewa selepas kenderaan Toyota

Protes Anti-Rasuah Nepal: Menteri Kewangan Dikejar & Ditendang Penunjuk Perasaan

KATHMANDU – Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh manakala ratusan lagi cedera dalam protes