Thursday, September 11, 2025

Pempengaruh Ditahan, Platform Dua Tingkat Atas Laut Disita Maritim Malaysia

September 5, 2025
1 min read

KUALA TERENGGANU – Seorang pempengaruh media sosial kembali menjadi bualan apabila sebuah rumah dua tingkat atas laut yang dibinanya di perairan Pulau Bidong diserbu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), semalam.

Dalam operasi sekitar jam 6 petang itu, Maritim Malaysia menyita platform terapung yang ditunda menggunakan sebuah bot pada kedudukan kira-kira 29.6 kilometer dari barat laut Kuala Terengganu.

Operasi Iman: Enam Individu Ditahan

Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Hamiludin Che Awang berkata, serbuan menerusi Operasi Iman turut menahan enam individu berusia 21 hingga 32 tahun termasuk pempengaruh lelaki terbabit.

“Hasil pemeriksaan mendapati sebuah bot penumpang digunakan untuk menunda platform terapung bersama sebuah kereta di atasnya, manakala sebuah lagi bot pengiring beroperasi tanpa lesen sah daripada Jabatan Laut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Risiko Keselamatan & Undang-Undang

Menurut beliau, platform tersebut dibina tanpa sebarang peralatan keselamatan dan digunakan sebagai lokasi penggambaran oleh seorang pempengaruh bersama kru.

“Tindakan ini bukan sahaja melanggar undang-undang, malah membahayakan nyawa kru, penumpang serta pengguna perairan lain,” tegasnya.

Difahamkan, platform dua tingkat berkenaan lengkap dengan bilik tidur dan sebuah kereta mewah diletakkan di atasnya.

Sementara itu, tinjauan di TikTok mendapati ramai netizen meluahkan kebimbangan mereka mungkin tidak lagi dapat mengikuti kandungan pempengaruh tersebut selepas penahanannya oleh pihak berkuasa. – The Malaysian Update

HANGAT MINGGU INI

Toyota Alphard Disita JPJ, Ibu Luah Kesedihan Anak Menangis Depan Mata

KUALA LUMPUR – Seorang pengguna TikTok meluahkan rasa kecewa selepas kenderaan Toyota

Protes Anti-Rasuah Nepal: Menteri Kewangan Dikejar & Ditendang Penunjuk Perasaan

KATHMANDU – Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh manakala ratusan lagi cedera dalam protes