Thursday, September 11, 2025

Remaja Hilang Dalam Sungai Sanglang Ditemui, Bapa Reda Terima Takdir

by
September 7, 2025
1 min read

SANGLANG – “Alhamdulillah, anak saya dah jumpa,” kata Masri Hassan, 43, dengan nada reda selepas dimaklumkan jasad anaknya, Muhammad Amsyar Muqri, 18, berjaya ditemui pasukan bomba hari ini.

Masri berkata, sejak jam 3 petang semalam beliau setia menunggu di tebing sungai Kampung Sanglang selepas dimaklumkan anak sulungnya itu hilang apabila mesin padi yang dinaiki bersama tiga rakan terjatuh ke dalam sungai.

Tiga Selamat, Seorang Hilang

Menurut laporan Harian Metro, seorang remaja dikhuatiri lemas manakala tiga lagi terselamat selepas mesin padi dinaiki mereka terjatuh ke dalam sungai berhadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sanglang, semalam.

Menurutnya, beliau hanya pulang ke rumah seketika untuk menunaikan solat Subuh pagi tadi sebelum kembali semula ke lokasi bagi mengikuti perkembangan operasi mencari dan menyelamat.
“Malam tadi kami sekeluarga buat bacaan Yasin dan solat hajat, semoga pencarian anak saya dipermudahkan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Cita-Cita Jadi Bomba

Masri berkata, Amsyar yang baru memulakan pengajian semester satu Diploma Perkhidmatan Bangunan di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (Polimas) Julai lalu bercita-cita untuk menjadi pegawai bomba.

“Saya jumpa dia pagi semalam, dia beritahu nak main futsal… tak sangka dia pergi ke sini,” ujarnya dalam nada sebak.

Penantian Berakhir

Operasi mencari dan menyelamat yang dijalankan pasukan bomba dan agensi lain akhirnya menemukan jasad remaja berkenaan, sekali gus menamatkan penantian penuh doa ahli keluarga sejak semalam. – The Malaysian Update

HANGAT MINGGU INI

Toyota Alphard Disita JPJ, Ibu Luah Kesedihan Anak Menangis Depan Mata

KUALA LUMPUR – Seorang pengguna TikTok meluahkan rasa kecewa selepas kenderaan Toyota

Protes Anti-Rasuah Nepal: Menteri Kewangan Dikejar & Ditendang Penunjuk Perasaan

KATHMANDU – Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh manakala ratusan lagi cedera dalam protes