Monday, November 17, 2025

Paul Yong Ke Penjara Kajang Serta-Merta – Rayuan Terakhir Kes Rogol Gagal

October 1, 2025
1 min read

PUTRAJAYA – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong, 55, diperintah menjalani hukuman penjara lapan tahun dan dua sebatan selepas Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan terakhirnya.

Keputusan panel tiga hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Datuk Seri Wan Ahmad Farid Wan Salleh itu sekaligus mengekalkan sabitan bersalah terhadap Yong atas kesalahan merogol pembantu rumah warga Indonesia, enam tahun lalu.

Paul yang kelihatan sugul di kandang tertuduh hanya sempat menggenggam tangan isteri dan anak-anaknya sebelum dibawa ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman serta-merta.

Kronologi Kes

Menurut laporan Sinar Harian, kes berprofil tinggi itu bermula apabila Paul didakwa merogol pembantu rumahnya yang ketika itu berusia 23 tahun, dalam kejadian pada 7 Julai 2019 di sebuah bilik rumahnya di Ipoh.

Beliau dihadapkan ke Mahkamah Sesyen pada 23 Ogos 2019 sebelum kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi pada Disember 2020. Perbicaraan bermula 5 April 2021 dengan 23 saksi pendakwaan dipanggil, termasuk dua saksi terlindung.

Pada 27 Julai 2022, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun serta dua sebatan ke atas Paul. Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan pada 1 Mac 2024 mengekalkan sabitan dan sebatan tetapi mengurangkan hukuman penjara kepada lapan tahun.

Tidak berpuas hati, Paul memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan pada 5 Mac lalu, namun ditolak hari ini.

Barisan Peguam & Pendakwaan

Dalam prosiding, Paul diwakili barisan peguam ternama iaitu Datuk Rajpal Singh, Datuk Hisyam Teh Poh Teik dan Salim Bashir. Manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Amril Johari serta Mohd Fuad Abd Aziz. – The Malaysian Update

HANGAT MINGGU INI

Kes Terjun Jambatan: Kesian Adik Aidil Hakim, MyKad Diviralkan Tanpa Sebab

GEORGE TOWN – Seorang remaja lelaki, Mohammad Aidil Hakim, menjadi mangsa salah

Sekolah Agama Dari Ceruk Kampung Jadi Fenomena Bola Sepak Thailand

BANGKOK – Tular di seluruh Thailand, kisah sebuah sekolah agama serba kekurangan