GAZA – Sebelum ini tular rakaman penduduk Palestin berjaya menangkap ikan dalam jumlah yang banyak di pantai Gaza. Ia berlaku selepas perhatian tentera Israel beralih kepada Global Sumud Flotilla.
Terbaru, menurut perkongsian aburatiba.my, video itu disahkan sebagai rakaman terkini, sekali gus membuktikan penduduk Gaza benar-benar menikmati hasil laut yang luar biasa.
Kuasa Allah Jadi Penguat Semangat
Biarpun bantuan kemanusiaan masih tersekat, ramai netizen melihat kejadian ini sebagai tanda kebesaran Allah.
“Kuasa Allah SWT.. bantuan tak sampai, tapi Allah beri yang lagi baik. Ikan banyak, sumber nutrien,” kata seorang pengguna.
Kegembiraan Bagaikan Hari Raya
Ada juga yang meluahkan rasa syukur seperti menyambut perayaan.
“Aku punya hepi bila Abu kata video baru, macam dengar pengumuman hari raya wehhh,” tulis seorang lagi netizen.
Doa Harouq Didengari
Seorang pengguna lain menyebut nama kanak-kanak Gaza yang pernah tular, Harouq.
“Harouq, tau tak hari ni penduduk dapat ikan banyak. Allah dengar doa harouq tau…,” ujarnya penuh sebak.
Harapan dan Doa
Netizen juga menitipkan doa agar hasil laut ini membawa keberkatan berpanjangan.
“Semoga isi ikan ini Allah jadikan 100 kali ganda khasiat untuk orang Palestin dan Gaza kenyang selama 10,000 tahun lagi. Amin,” tulis seorang pengguna dari Malaysia.
Hikmah Di Sebalik Ujian
Ramai percaya kejadian itu membawa makna tersirat.
“Alhamdulillah… ada hikmah di sebalik kegagalan mereka sampai ke pantai Gaza. Semua atas aturan Allah,” kata seorang lagi netizen.
Perkembangan Flotilla Terkini
Sementara itu, misi Global Sumud Flotilla yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza terus berdepan halangan daripada tentera Israel. Kapal Marinette, yang menjadi kapal terakhir dalam konvoi awal, telah dipintas dan semua aktivis di atasnya ditahan oleh tentera Israel.
Namun, usaha tidak terhenti di situ. Organisasi Freedom Flotilla Coalition melaporkan bahawa 11 kapal baharu kini telah berlayar, termasuk kapal Ghassan Kanafani dan Al-Awda, bersama sebuah kapal khas “Doctors and Journalists’ Ship” bernama Al-Damir. Konvoi ini membawa lebih 150 aktivis, doktor, dan wartawan antarabangsa, dan kini dilaporkan berada di perairan utara Mesir dalam perjalanan menuju Gaza. – The Malaysian Update