Friday, November 07, 2025

Namewee Disiasat Kes Bunuh Pempengaruh Taiwan Ditemui Mati di Hotel Jalan Conlay

November 4, 2025
1 min read

KUALA LUMPUR – Polis kini mengklasifikasikan semula kematian seorang pempengaruh wanita warga Taiwan sebagai kes bunuh selepas mayatnya ditemui di dalam bilik air sebuah hotel di Jalan Conlay pada 22 Oktober lalu.

Mangsa, dikenali sebagai Hsieh Yun Hsin, 31, ditemukan tidak bernyawa di dalam tab mandi sekitar jam 1.40 tengah hari. Difahamkan, penyanyi rap tempatan Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee, 42, turut berada di bilik yang sama ketika kejadian.

Kes Diklasifikasikan Semula Sebagai Bunuh

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, berkata siasatan awal sebelum ini mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai Kematian Mengejut (SDR).

“Kes ini diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Namewee Pernah Ditahan Sebelum Ini

Memetik laporan Harian Metro, Namewee sebelum ini telah ditahan selepas polis mengesyaki dia memiliki serta menggunakan dadah.

Susulan kes diklasifikasikan semula sebagai bunuh, polis dijangka menahan semula artis berkenaan dalam masa terdekat bagi membantu siasatan lanjut.

Mangsa Tiba di Malaysia Dua Hari Sebelum Kejadian

Sumber memaklumkan bahawa mangsa tiba di Malaysia pada 20 Oktober lalu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA1) dan menginap di hotel terbabit dua hari sebelum ditemui meninggal dunia.

Mayat wanita itu kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian. – The Malaysian Update

HANGAT MINGGU INI

‘Hari Ini Hari Dia’ — OKU Fizikal Tamat Pengajian Di UniSZA, Kisah Ketabahan Zulfaqar Aslam Undang Sebak

KUALA TERENGGANU – Tular di TikTok perkongsian oleh Zulfaqar Aslam, atau nama

Penyanyi ‘Tabola Bale’ Disambut Meriah di Malaysia, Lagu Diputar Kuat di Stesen Minyak

KUALA LUMPUR – Menerusi perkongsian yang tular di media sosial, seorang pengguna