Monday, November 17, 2025

Tular: Budaya ‘Ulat Parking’ di Bukit Bintang Semakin Menjadi, Netizen Seru Jangan Layankan Lagi!

by
November 13, 2025
1 min read

KUALA LUMPUR – Isu ulat parkir di sekitar kawasan Bukit Bintang kembali menjadi bualan hangat di media sosial selepas tular satu perkongsian di platform Threads oleh pengguna bernama @zhiddinazizz, yang mendakwa budaya tidak sihat itu kini semakin berleluasa dan melibatkan warga asing.

Dalam hantaran tersebut, pengguna itu menulis:

“Bukit Bintang ni dah mula masuk budaya negara jiran. Tolonglah jangan layan ulat di kawasan Bukit Bintang ni lagi. Semakin melayan semakin menjadi. Macam sebelum ni caj RM5 je, tahu-tahu dah RM15! Makin menjadi!”

Perkongsian itu pantas menarik perhatian ramai pengguna media sosial yang turut berkongsi pengalaman hampir sama di kawasan berkenaan.

Kongsi Pengalaman Diperas Ulat Parkir

Seorang pengguna menulis:

“Haritu aku makan kat Halab Gate BB. Parking belah belakang laluan Kunafa Crisp tu, ada flat rendah-rendah. Aku park dalam petak, tiba-tiba dua orang Indon datang minta RM20. Aku cakap gila apa sampai RM20, aku dah bayar parking DBKL. Depa kata tak boleh, kena bayar kat depa. Aku balas suruh pi minta balik duit DBKL la. Padahal dah pukul 10 malam, DBKL pun dah tak caj masa tu. Lepas tu depa blah, p paw orang lain pulak.”

Dalam satu lagi komen, seorang pengguna lain bertanya sama ada kereta mangsa itu tercalar atau tidak, manakala ada juga yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan segelintir warga asing yang disifatkan membawa ‘budaya buruk’ ke negara ini.

Netizen Seru Berani Tolak Pemerasan

“Selagi rakyat Malaysia tak berani macam sedagha ni, selagi tu la budaya ni akan membiak. Takut kereta kena pecah, kita terpaksa tunduk dengan pemerasan begini,” tulis seorang lagi pengguna.

Sementara itu, ada yang mendakwa turut melihat individu dipercayai ulat parkir mengutip wang daripada penunggang motosikal di sekitar restoran mamak berhampiran kawasan sama.

Harapan Agar Pihak Berkuasa Bertindak

Fenomena ulat parkir di kawasan tumpuan pelancong seperti Bukit Bintang bukanlah isu baharu. Namun, ramai berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan tegas bagi mengekang kegiatan ini daripada terus menjejaskan imej bandar raya Kuala Lumpur. – The Malaysian Update

HANGAT MINGGU INI

Kes Terjun Jambatan: Kesian Adik Aidil Hakim, MyKad Diviralkan Tanpa Sebab

GEORGE TOWN – Seorang remaja lelaki, Mohammad Aidil Hakim, menjadi mangsa salah

Sekolah Agama Dari Ceruk Kampung Jadi Fenomena Bola Sepak Thailand

BANGKOK – Tular di seluruh Thailand, kisah sebuah sekolah agama serba kekurangan