Saturday, December 27, 2025

Seorang Live Host Diceraikan, Suami ‘Kantoi’ Bersama Kawan Baik Sendiri?! Dalam Drama Vertical, Do Drama – 40 Sahaja

November 27, 2025
1 min read

Kisah yang membuatkan satu negara terdiam!

Seorang wanita, Sofea, lakonan SYUE, diceritakan melalui drama pendek paling panas tahun ini, 40 Sahaja!

Semuanya bermula apabila rumah tangga Sofea runtuh sekelip mata selepas dia diceraikan oleh suaminya sendiri. Lebih mengejutkan, punca penceraian itu dikatakan ada kaitan dengan pengkhianatan kawan baiknya sendiri!

Adakah suami Sofea dan kawan baiknya itu sudah lama menjalin hubungan gelap semasa Sofea masih bergelar isteri? Persoalan demi persoalan membuatkan penonton tidak senang duduk!

Tetapi selepas dikhianati, Sofea tidak terus rebah! Sebaliknya, wanita berusia 40 tahun ini bangkit dengan penuh semangat, menukar hidupnya jadi live host paling trending!

Sofea kini menjadi simbol kekuatan wanita matang. “Usia bukan penghalang, pengkhianatan bukan pengakhiran,” itu antara mesej kuat yang diangkat dalam 40 Sahaja.

Dan…dengar khabar, akan muncul seorang lelaki baru yang mungkin bakal mencuri hati Sofea dan mengubah hidupnya sekali lagi! Siapakah jejaka misteri itu?

Drama vertical 40 Sahaja kini boleh ditonton secara PERCUMA di platform Do Drama sekarang!

Klik untuk tonton sekarang: Do Drama App