Saturday, December 27, 2025

Keputusan Mahkamah: Nooryana Najib Titip Kata Semangat Buat Najib

by
December 26, 2025
1 min read

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Nooryana Najib memuat naik satu perkongsian menyentuh emosi di media sosial sejurus keputusan mahkamah terhadap bapanya diumumkan, petang tadi.

Menerusi hantaran di Insta Story, Nooryana atau lebih dikenali sebagai Yana Najib berkongsi sekeping gambar berserta kapsyen yang memberikan kata-kata semangat dan ketabahan buat Najib.

“A court verdict cannot erase a lifetime of service, love and commitment to the people.”

(Keputusan mahkamah tidak mampu memadam seumur hidup jasa, kasih sayang dan komitmen kepada rakyat).

“We stay hopeful… We stay strong”

(Kita kekal berharap… kita kekal kuat),” tulisnya.

Dalam perkongsian sama, Yana turut memuat naik gambar Najib yang sedang memandang ke arah cucunya, disifatkan sebagai satu detik yang cukup manis buat dirinya.

“The sweetest thing I saw today (perkara yang paling manis saya lihat hari ini),” tulisnya sambil disertakan simbol hati berwarna merah.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi hari ini mendapati Najib bersalah atas 25 pertuduhan berkaitan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM2.3 bilion.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kesemua pertuduhan yang dihadapi bekas Ahli Parlimen Pekan berkenaan. – The Malaysian Update

HANGAT MINGGU INI

Lelaki Palestin Cedera Dilanggar Ketika Solat, Tentera Simpanan Israel Disiasat

RAMALLAH – Seorang lelaki Palestin dilaporkan cedera selepas dilanggar sebuah kenderaan pacuan

Seller Luah Rasa Banyak Parcel Return, Netizen Ingatkan Kesan Pada Peniaga Kecil

KUALA LUMPUR – Isu pembeli yang gemar membuat pesanan namun bertindak memulangkan