Connect with us

Pilihan Editor

MB Perak beri tabik hormat kepada Nor Salwani

Sesi Penggulungan Belanjawan Negeri 2020 pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini menarik perhatian semua apabila Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memberi ‘tabik hormat’ kepada Pengarah Audit (Sektor Tadbir Urus), Jabatan Audit Negara, Nor Salwani Muhammad.

Ketika berucap pada sesi penggulungan itu, Ahmad Faizal memuji tindakan Nor Salwani yang menyimpan bukti pindaan terhadap Laporan Audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Loading…

“Beliau melakukan itu kerana rasa tanggungjawab dan cinta kepada negara biarpun berdepan dengan risiko yang sangat besar pada ketika itu.

“Saya berharap para penjawat awam negeri Perak akan menjadikan beliau sebagai idola dalam memegang amanah kepada rakyat. Tabik hormat saya kepada puan Nor Salwani,” katanya sambil menaikkan tangan memberi tabik hormat, lapor Sinar Harian.

Advertisement

Semalam, hari keempat perbicaraan kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) 1MDB Arul Kanda Kandasamy berhubung dakwaan meminda laporan akhir audit 1MDB, seorang saksi mengakui bahawa beliau yang membuat rakaman audio berdurasi dua jam 45 minit pada mesyuarat yang dikaitkan dengan dakwaan meminda Laporan Pengauditan 1MDB pada 24 Februari 2016.

Nor Salwani, 52, memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau telah memasukkan perakam suara ke dalam bekas pensel milik pegawai atasannya, Saadatul Nafisah Bashir Ahmad, wakil Jabatan JAN tanpa pengetahuannya (Saadatul Nafisah) sebelum mesyuarat bermula.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel