Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kemaskini Twitter miliknya baru-baru ini sedang mencari orang yang dipercayai mengubah gambar lamanya.
Najib Razak mendakwa ada orang yang telah mengubah gambar mudanya yang berambut pendek menjadi panjang yang kemudiannya disebarkan di Twitter.
Siapa yang edit gambar masa saya muda untuk tambah rambut panjang, lepas tu sebar kat twitter? – Tulis Najib.
Najib turut berkongsi gambar lama yang menunjukkan dia berumur 12 tahun, 18 tahun dan terkini.
Siapa yang edit gambar masa saya muda untuk tambah rambut panjang, lepas tu sebar kat twitter? pic.twitter.com/Ag0DqDRXuY
— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) January 27, 2021
Dalam ruangan komen ada yang bersimpati dengan Najib Razak dan berharap agar orang yang mengubah gambar Najib dijumpai.
Kalau Dato’ minat Kpop kami memang faham sebabnya dulu Najib ni jejaka terhangat di pasaran. – Netizen
Kredit: Najib Razak