Connect with us

Berita Lain

‘Politik Dendam’ Hingga Boikot Perniagaan Orang Lain Bukan Satu Tindakan Yang Baik – Teguran Sulaiman Buat Semua Ahli Parti


Bila sebut sahaja politik, pastinya pelbagai perbezaan
pendapat boleh dilihat. Walaupun PRU-14 telah berlalu, namun bahangnya masih
terasa. Ramai yang menyokong pimpinan kerajaan sekarang dan ada yang masih
setia dengan kepimpinan lama. Pokok pangkalnya, walau apa pun pilihan parti
anda, sikap hormat-menghormati harus diutamakan kerana setiap orang mempunyai
pandangan berbeza.
Tular di media sosial, tempias politik turut dirasai oleh
aktor terkenal, Dato Rosyam Nor yang menjadi mangsa apabila perniagaan pasar
raya 24 jam miliknya diboikot. Perbezaan idealogi politik antara punca
segelintir netizen menggesa orang ramai memboikot ST Rosyam Mart. Tindakan ini
bukan sahaja menyekat rezeki individu terbabit, malah bukan merupakan satu
cerminan yang baik.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Tampil memberi pandangan, Ketua Parti Amanah Negara Kawasan
Sik, Sulaiman Ibrahim. Beliau mengingatkan kepada penyokong Pakatan Harapan
(PH) agar membuang sifat dendam kepada golongan artis yang tidak menyokong PH.
Ujarnya, politik dendam seharusnya tidak dibawa dalam media sosial hingga
menyekat rezeki orang lain. Apa pula pandangan anda?


Penyokong Pakatan Harapan diingatkan supaya membuang sifat
dendam kepada golongan artis yang tidak menyokong PH dan masih menyokong
UMNO.Kita harus menghormati pendirian dan hak orang lain dalam apa jua pilihan.
‘Saya tidak bersetuju jika politik dendam terbawa2 dalam
saluran media sosial sehingan melibatkan rezeki individu tersebut’. Sebagai
seorang artis, mereka juga berhak memilih seperti apa jua parti yang mereka
rasa terbaik untuk mereka. Hormati orang lain dan orang lain akan menghormati
kita walaupon berbeza politik.
Politik hanyalah bersifat sementara dan ianya penuh dengan
pancaroba keduniaan semata2. Kita membawa Islam rahmatan lilalamin dimana ianya
meliputi keseluruhan aspek. Saranan daripada kerajaan Pakatan Harapan oleh
Perdana Menteri dan semua pimpinan PH bahawa kita perlu reform keseluruhan
pentadbiran tidak bermakna kita memulaukan golongan artis yang menyokong UMNO.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Biarkan mereka dengan sokongan mereka dan kita harus menberi
galakan dan dorongan dalam apa jua bentuk kebajikan yang ada bagi membantu
golongan golongan artis lebih maju kedepan.
Terbaru, Dato Rosyam Noor di viralkan dalam media sosial
supaya jangan menyokong pasaraya yang baru dibukanya oleh kerana beliau adalah
penyokong tegar UMNO, ini satu sifat dan akhlak yang tidak baik ditonjolkan.


Kembali kepada perjuangan sebenar dengan membawa islam yang
ramah dan membuat pendekatan islam yang menyeluruh.
Saya faham ramai penyokong masih berfanatik dalam sesuatu
isu terbawa2 sifat amarah , tetapi janganlah sampai menghukum dan menyekat
pintu rezeki orang lain oleh kerana perbezaan ideologi.Rezeki itu datangnya
dari Allah, Allah juga menguji kemenangan kita .


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Membawa akhlak dan tunjukkan tauladan yang baik kemungkinan
Allah menambahkan lagi kemenangan kita dari Pakatan Harapan hingga ke PRU15, 16
dan seterusnya.
SULAIMAN IBRAHIM/LRL
Ketua Parti Amanah Negara Kawasan Sik



– Siakap Keli

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel