Categories: Berita Lain

TULAR VIDEO ANAK 14 BULAN DISERANG SAWAN, ABANG JPJ BANTU ‘ESCORT’ KE HOSPITAL



Tindakan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ mengiringi
kereta Muhammad Saiful Jaffar, 36, mendapat pujian orang ramai setelah tular di
laman Facebook pada jam 7.09 petang, 18 Ogos lalu.
“Terima kasih kepada mereka berdua, walaupun itu bukan tugas
mereka, tetapi atas dasar kemanusiaan mereka tetap membantu,” kata Muhammad
Saiful.
Apabila menceritakan mengenai kejadian dibantu dua anggota
JPJ ketika dia sedang berhadapan detik cemas apabila anak bongsunya mengalami
demam panas dan sawan ketika di dalam kereta.
Muhamad Saiful dalam perjalanan dari rumahnya di Sungai
Pelek, Sepang Ke Hospital Serdang untuk membawa anaknya, Aryan yang berusia 14
bulan yang tidak sihat.
Aryan pada ketika itu dalam pangkuan isterinya, Nellie
Ismail, 35, mengalami sawan menyebabkan beliau telah memandu melebihi had laju
sambil menghidupkan lampu kecemasan.

“Ketika berhenti di lampu isyarat di jalan KLIA 1, ada
kenderaan JPJ di hadapan kami dan saya terus pergi keluar kereta dan pergi
kepada mereka.

“Saya memaklumkan kepada anggota terbabit, saya meminta maaf
kerana mahu memandu laju disebabkan bayi kekejangan demam panas,” tambahnya.
Namun, anggota JPJ terbabit memberitahu mereka mahu
mengiringi keretanya dan dia akan memandu sambil mengekori kereta JPJ tersebut.
“Saya mengekori kenderaan JPJ sehingga Putrajaya berdekatan
susur ke Hospital Serdang. Laluan itu bukan lebuh raya tapi jalan lama yang
banyak digunakan oleh kenderaan pengguna lain.
“Alhamdulillah, dengan bantuan mereka, saya sampai ke
hospital lebih cepat. Terima kasih kepada mereka berdua,” katanya
Dua anggota JPJ tersebut ialah Mohd Azizul Mohd Anuar, 33,
serta Mohd Taufik Ramli, 31, iaitu pembantu penguat kuasa dari JPJ Selangor.
Mohd Azizul berkata
dia memahami situasi bapa yang berdepan dengan keadaan anak ditimpa
sakit memandangkan dia juga mempunyai seorang anak.
Sumber- Harian Metro
Facebook- El Marine

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

22 hours ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

2 days ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

3 days ago

Lelaki OKU Maut, Ibu Cedera Dalam Kejadian Samun

BUKIT MERTAJAM (Bernama) -- Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) ditemukan meninggal dunia dengan keadaan… Read More

3 days ago

Menyamar jadi polis, tiga lelaki gari & samun ejen Forex RM25,000

Tular satu video baru-baru ini memaparkan seorang lelaki yang digari tangannya dan dipaksa untuk masuk… Read More

4 days ago

Faisal Dijangka Lalui Prosedur Graf Kulit Minggu Ini – Ketua Perubatan Sukan SFC

SHAH ALAM, 8 Mei (Bernama) -- Lapisan kulit yang akan digunakan dalam prosedur graf kulit… Read More

4 days ago